Buletin

WRC 2024 – SEBASTIAN OGIER MUNCUL SEBAGAI PEMENANG DI SECTO RALLY FINLAND SECARA TIBA – TIBA

Pemandu lagenda, Sébastien Ogier berjaya meraih kemenangan yang cukup mengejutkan di Secto Rally Finland pada hari hujung minggu lalu selepas rakan sepasukannya Kalle Rovanperä berguling akur untuk menarik diri sementelah jentera Toyota GR Yaris Rally1 yang dipandunya terbalik ketika saat akhir setelah selesa mendahului saingan.

Penyandang juara WRC, Kalle Rovanperä telah mendahului hampir setiap kilometer dalam perlumbaan dengan permukaan berbatu selama empat hari ini dan kelihatan bersedia untuk menamatkan penantian Finland selama tujuh tahun untuk mendapatkan pemenang rali dari negara sendiri dengan kelebihan 45.8 saat memasuki peringkat kedua terakhir rali.

Walau bagaimanapun, semuanya menjadi serba tidak kena untuk pemandu berusia 23 tahun itu apabila beliau berlanggar dengan batu sekali gus, menyebabkan jentera Toyota GR Yaris Rally1 dipandunya berpusing dan terpaksa menarik diri saat akhir tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Drama yang serupa juga turut menimpa rakan sepasukan Toyota Gazoo Racing, Elfyn Evans, apabila harus meninggalkan perlumbaan di tepi jalan kerana mengalami masalah dengan driveshaft yang patah.

Sebastian Ogier yang kembali berlumba di Finland selepas melakukannya kali terakhir pada tahun 2021 yang lalu memenangi perlumbaan tanpa disangka dengan kelebihan 40.1 saat di hadapan pemandu Hyundai Motorsport Thierry Neuville yang memandu jentera Hyundai i20 N Rally1 di podium kedua. Ini adalah kemenangan WRC ke 61 buat Sebastian Ogier sepanjang kerjayanya.

Pemandu pasukan M-Sport Ford Adrien Fourmaux, yang memandu Ford Puma Rally1, menduduki tempat podium terakhir dengan ketinggalan 34.0 saat sementelah berlakunya kemalangan yang menimpa Kalle Rovenpera di awalnya.

Menurut Sebastian Ogier, merasa gembira dengan kejayaan di Finland namun dalam masa yang beliau merasa simpati atas nasib malang yang menimpa rakan sepasukannya Kalle Rovanpera. Ianya mengulangi situasi di Itali apabila ketika itu Sebastian Ogier juga sedang mendahului namun gagal menamatkan saingan di saat akhir. Dan begitulah juga dengan perlumbaan rali.

Dengan keputusan di Finland ini ternyata mengejutkan buat para pencabar kejuaraan WRC dengan Sebastian Ogier yang hanya berlumba secara separuh masa sahaja musim ini secara tiba – tiba berada di tempat kedua keseluruhan pungutan mata sementelah beberapa nama besar seperti Ott Tanak dan juga Elfyn Evans terlepas dalam pungutan mata penting.

Mujur juga Thierry Neuville berjaya menduduki podium kedua bagi memastikan beliau berada dalam landasan yang tepat untuk memburu kejuaraan WRC buat pertama kalinya dengan hanya kelebihan 27 mata.

Sementara itu, Sami Pajari yang membuat debut memandu Toyota GR Yaris Rally1 juga berjaya mencipta kejutan untuk berada di tempat keempat keseluruhan malah beliau sempat memenangi peringakt perlumbaan di Ruuhimäki pada hari Sabtu.

Kedudukan Pungutan Mata

  1. Thierry Neuville – 168 mata
  2. Sebastian Ogier – 141 mata
  3. Ott Tanak – 137 mata

BACA : WRC 2024 – KALLE ROVANPERA MENANG DI POLAND WALAU PUN HANYA SEBAGAI PEMANDU GANTIAN

BACA : WRC 2024 – OTT TANAK BERJAYA MERAMPAS KEMENANGAN DI RALLY ITALIA SARDEGNA

Google ads

B K

Back to top button