Artikel Pilihan

11 PERKARA YANG MENYEBABKAN JAMINAN KENDERAAN TERBATAL

Antara kelebihan membeli kenderaan baru ialah ia dilengkapi dengan dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun daripada tarikh ia mula didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau 100,000km perjalanan (mana-mana yang sampai dahulu). Sesetengah pengeluar meletakkan 5 tahun jaminan dengan jarak perjanan tidak terhad

Tapi anda kena pastikan yang anda sebagai pengguna tidak melanggar syarat-syarat penggunaan kenderaan bagi memastikan jaminan pengeluar tidak terbatal. Antara syarat-syarat berikut ialah:

1. Kereta baru anda wajib menjalani servis mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Setiap pengeluar telah meletakkan spesifikasi servis mengikut jenama masing-masing. Ada yang perlu menjalani servis pada 1000km, 5000km, 10,000km dan seterusnya 20,000km

Ada yang membuat syarat kenderaan perlu diperiksa pada 1000km pertama dan diservis pada 10,000km atau setiap 6 bulan sekali.

2. Kereta baru anda didapati telah diservis di bengkel luar yang tidak bertauliah, menggunakan alat ganti original yang tidak diiktiraf dan minyak pelincir yang lain daripada yang disarankan

3. Kereta anda telah diubahsuai untuk melakukan ujian halaju dan kepantasan serta digunakan untuk berlumba. Ubahsuai ini termasuklah pada komponen enjin, transmisi, sistem penyerap hentak, spring atau apa sahaja komponen asal telah ditukar kepada komponen lain bagi meningkatkan prestasi kenderaan di luar parameter yang ditetapkan oleh pengeluar

4. Kehausan tayar yang luar biasa disebabkan kegagalan pemilik untuk membuat penyelenggraan berkala seperti penjajaran tayar dan imbangan tayar mengikut sela masa yang ditetapkan. Bagi tayar depan, ia akan menjejaskan mutu kawalan stering

5. Menukar rim yang bersaiz lebih besar juga akan memberi risiko jaminan pengeluar terbatal. Apabila saiz rim bertambah, saiz tayar juga akan bertambah besar dan menjejaskan diameter keseluruhan tayar. Keadaan ini akan memberi beban pada driveshaft, sistem transmisi, brek dan sistem gantungan.

Tayar dan rim adalah unsprung mass, mengubah berat tayar dan rim akan memendekkan jangka hayat sistem gantungan

6. Sesetengah pengeluar meletakkan syarat yang kenderaan mereka tidak boleh digunakan dalam “peace keeping mission” seperti memasuki medan perang disebabkan risiko terdedah kepada bahaya luar biasa.

7. Mengubahsuai sistem pendawaian elektrik kereta juga menyebabkan risiko jaminan pada pendawaian elektrik akan terbatal. Sebagai contoh anda memasang lampu kabus depan dengan memotong wayar elektrik (cut & tap). Jika berlaku kerosakan pada mana-mana komponen elektrik, maka ucapkanlah selamat tinggal pada jaminan anda. Menggunakan mentol yang salah juga akan menyebabkan perumah lampu akan rosak.

8. Jika kereta anda terdedah pada bencana alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan ribut melainkan anda menambah polisi insuran semasa memperbaharui cukai jalan. Murah saja bro, kalau banjir ni mesti hangus dekat RM 10,000

9. Bergantung pada pengeluar, merendahkan kereta anda dengan mengubahsuai sistem gantungan (spring dan penyerap hentak) dan juga meninggikan kenderaan bagi trak pikap 4×4 juga akan menyebabkan jaminan terbatal. Apatah lagi mengangkangkan tayar kereta anda, itu dosa besar tak boleh maaf.

10. Race Chip? Disebabkan banyak pengeluar menggunakan sistem turbo, beberapa syarikat modifikasi luar menawarkan proses tuning bagi meningkatkan kuasa enjin antara 15-25%. Cara paling mudah ialah dengan meningkatkan boost turbo.

Tapi anda harus ingat, tak semua komponen enjin dan juga sistem transmisi terutama CVT boleh bertahan dengan kenaikan kuasa tersebut. Silap haribulan, transmisi anda rosak sebelum sampai waktunya.

11. Mengubah odometer atau jarak perjalanan kereta anda secara sengaja bagi meningkatkan nilai jualan balik kenderaan juga termasuk dalam perkara membatalkan jaminan pengeluar.

Mungkin ada lagi beberapa perkara yang penulis terlepas pandang, jadi kalau ada anda boleh tambah di ruangan komen nanti sebagai agar pembaca lain boleh belajar. Terutama sekali kepada pemilik kenderaan yang baru.

Google ads
Back to top button