
HONDA MALAYSIA PERKENAL DUA PROGRAM BAHARU UNTUK PELANGGAN
Honda Malaysia memperkenalkan dua program baharu untuk para pelanggan Honda iaitu Perlindungan Pembiayaan Kenderaan Pelanggan (Customer Car Loan Protection) dan Pelanggan Yang Telah Divaksin (Vaccinated Customer).
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, berkata Program Perlindungan Pembiayaan Kenderaan Pelanggan adalah untuk para pelanggan baharu yang ingin mendapatkan bantuan kewangan untuk mengurangkan beban bayaran bulanan apabila berdepan tiada pekerjaan.
“Insiatif insurans kemalangan diri dipertingkatkan ini adalah untuk melindungi pinjaman kenderaan para pelanggan baharu Honda agar dapat terus menikmati kenderaan baharu mereka dengan tenang ,” katanya.
Beliau menjelaskan program berkenaan ditawarkan kepada para pelanggan yang mendaftar kenderaan baharu Honda pada program bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember tahun ini.

Katanya, mereka layak mendapat perlindungan pembiayaan kenderaan selama satu tahun sekiranya kehilangan pekerjaan pada tahun pertama pemilikan kenderaan baharu terbabit.
“Subsidi pinjaman kenderaan sebanyak RM12,000 akan dikembalikan untuk bantuan para pelanggan melakukan ansuran bulanan yang merupakan kenaikan 100 peratus berbanding perlindungan insurans terdahulu.
“Selain itu, faedah lain melalui program ini termasuk perlindungan kematian atau hilang upaya kekal bernilai RM20,000 yang juga meningkat 100 peratus berbanding perlindungan insurans sebelum ini,” katanya.
Program berkenaan turut menawarkan perlindungan pengebumian bernilai RM2,000 dan perbelanjaan penghantaran bernilai RM5,000.
Ia menawarkan jumlah perlindungan bernilai sehingga RM39,000 malah faedah tambahan selain insurans kenderaan standard bertujuan memberi jaminan kepada para pelanggan.

Dalam pada itu, Madoka Chujo menjelaskan Program Pelanggan Yang Telah Divaksin menawarkan baucer penyelenggaraan bernilai RM250 kepada para pelanggan baharu dalam tempoh satu tahun selepas mendaftar program vaksin negara.
Katanya, mereka juga layak mendapat tawaran berkenaan apabila menerima pengesahan vaksin dan temu janji vaksin atau telah divaksin separuh mahupun lengkap dua dos.
“Para pelanggan perlu melengkapkan pendaftaran kenderaan baharu dalam tempoh kempen bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.
“Mereka juga perlu menunjukkan bukti telah divaksin melalui aplikasi My Sejahtera,” katanya.
Pengedar Honda di seluruh negara telah memulakan operasi melalui Pelan Pemulihan Negara dengan pematuhan Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Untuk keterangan lanjut berhubung dua program baharu diperkenalkan tersebut boleh melayari laman web www.honda.com.my.
- BACA: HONDA MALAYSIA PERKENAL PROGRAM KAKITANGAN KERAJAAN. DAPAT DISKAUN TAMBAHAN SEHINGGA RM1K
- BACA: HONDA MALAYSIA BAKAL LANCAR MODEL BAHARU. TAWAR PROMOSI MENARIK SEPANJANG SEPTEMBER 2021
- BACA: HONDA MALAYSIA RECALL 77,708 KENDERAAN. TUKAR PAM BAHAN API
- BACA: HONDA PASSPORT 2022. REKAAN AGRESIF, V6 NA 280HP, VARIAN TRAILSPORT