Artikel Pilihan

14 TIP BERGUNA UNTUK BANTU CUCI RUMAH MANGSA BANJIR

Melihat perkembangan di fb ramai kawan-kawan yang dah mula begerak untuk bantu kerja-kerja pasca pemulihan banjir, dan ada yang sedang mengumpul team, logistik, barang-barang bantuan. Berikut adalah sedikit perkongsian dari kami di lapangan :

1. Insiatif semua ini adalah volunteer, jadi kita adalah orang awam, 1st thing come 1st, safety 1st. Pastikan anda sedia untuk makan dan tidur on your owns, jika ada barangan outdoor, FC, MRE , bawa sekali, sekurang-kurangnya untuk diri anda dahulu. Standby, bug out bag dan sebagainya

2. Jelas akan peranan yang akan dibuat, Team Sinergi fokus pada pembersihan, jadi logistik dan peralatan memang untuk kerja pembersihan premis.

3. Mindset, masih pada safety, jika ada reflector vest, knee pad, shoulder pad, life jacket, bawa jika boleh dan pakai, wisel ada kasi bawak.Tiada istilah segan atau poyo, anda bertanggungjawab atas keselamatan nyawa sendiri terlebih dahulu, kedua pada teammate, ketiga pada kenderaan dan aset-aset

4. Pemakaian vest dan reflector akan membezakan anda dan komuniti terutama pada waktu malam. Jika selesalah,ini cuma pilihan. Kena ingat rumah banyak ditinggalkan risiko untuk pecah rumah, kecurian banyak menimbulkan syak wasangka sekurang-kurangnya anda dan team ada identiti sendiri. Senang pasukan keselamatan aware keberadaan anda.

5. Toolset , berikut adalah list crucial item yang sangat membantu,walaupun dengan manpower yang minima. Kerja jadi lebih cekap, cepat, selamat.

– waterjet : man of the match

– generator set : kebanyakan premis masih tidak dapat bekalan elektrik, jadi genset membantu bekalan tenaga. jika dah dapat sekalipun , elakkan guna plug dibawah 1 kaki yang ditenggelami air.

– wheelbarrow, scope

– penyapu keras, penyapu air, mop

– bekalan minyak petrol/diesel dalam jerry can 10L untuk Genset

– bekalan air minuman/mineral

– but getah – xkisah high cut low cut janji selesa.

– disposable glove – seeloknya pakai lah jika handle barang-barang, banyak serpihan perabot, selumbar.

– plastic sampah, etc.

– vacuum air : ini optional, team kami ada bawa semalam brand Karcher lagi WD5, jadi tempat air bertakung dalam bilik tak perlu sapu jauh2 sedut je. selamat pinggang aku. ini kire macam supersab

6. Sebelum mula, pastikan check rumah dulu, bawa parang atau kayu masuk, risau ada haiwan liar berbisa, ular ke biawak ke berlindung dalam rumah tak keluar waktu air surut. Check 2-3 kali tempat tersorok bawah almari, bawah katil atau alang kayu untuk rumah papan. Keep in mind, more precautions. safety 1st. Macam semalam sebelah rumah kawan tu kebun dan sawit, memang kami ulang alik berkali2 pastikan selamat, sebelum mula kerja.

7. Pastikan tuan rumah ada sekali, jangan menonong je masuk, kes kami semua kawan2 so mudah la communicate. dapatkan guide dari dia, mana dia ON nak buang, kita buang,mana yang nak dikeringkan kita susun elok2. tanya, minta izin. Jangan acah hero toya mat amin, respek owner.

8. Sewaktu bekerja, hos air, hos cable extension akan berselirat, mana-mana teammate yang nak take 5, bantu manage cable2 ni dari masa ke semasa, Keep safe the passage and clear from hazard all the process ! orang selamat , barang selamat, safe passage dan paling penting elakkan touch dengan air seberapa boleh. Ini sangat membantu team yg operasi kat depan.

9. Skillset, kita semua hanya orang awam yang nak membantu, know your limits, dont push yourself. Penat, rileks je, rehat sebentar, Apa-apa yang rasa diluar kemampuan, serahkan pada agensi, back to point no 1, safety 1st, jaga diri dulu jaga team dulu. Jangan ada hero mentality, team lain dan agensi dah strecthed, jangan tambah masalah diorang. Learn to let go

10. Expect the unexpected, sepatutnya team kami dapat bantuan move 4×4 jadi reachable lebih sikit, last minute tak dapat, so gerak dengan MPV je. plan route balik, clarify balik ojektif dengan team, masuk lokasi yang air dah surut dan posibility naik balik susah, Cross check dengan info dari MET official, local autohority dan topografi, cek info jalan mana yang lepas tak lepas, cek FB komuniti latest, ya kita tak pakar, at least we have some ideas. Spend 30 minutes- 1hour utk untuk digest semua input, make decision, brief dan debrief, its worth. Mana kawasan yang dah surut tapi 50-50 air boleh naik balik jika hujan , kami elakkan, serah pada team yang lebih berkemampuan dari segi aset dan skill set, No worries.

Faiq berbaju biru, 3 dari kiri sangat berbakat dalam menahan nafas ketika gambarnya diambil

11. Kita akan terdedah pada air banjir, sedia maklum air banjir ni tak bersih mana, jadi ada risiko terdedah pada penyakit bawaan air. Rata2 kita orang pantai barat ni mana pernah jumpa banjir, so komuniti dan keluarga kita takda pendedahan sangat, body pun tak tahan compare rakan-rakan dari pantai timur tiap2 tahun pesta banjir. Beli standbykan charcoal pil dan buscopan ( ni member aku Doktor bagi info ) – tak perlu peskripsi pun. jangan telan sepapan dah la, lempang baru tau.

12. Jika ada rakan2 ada terlibat langsung, supportlah mereka, tidak walaupun hanya berbentuk doa dan kata-kata semangat, serta info2 yang membantu. Setakat ini banyak dapat offer untuk stay tempat rakan2, dont worry, konsep kami mobile, tak boleh plan sangat, taktikal move berubah setiap hari . tq banyak2 weh offer.

13. Know your limit, jelas berapa lama tempoh keberadaan, mungkin 3 hari, 5 hari, kemudian pulanglah rumah, resupply, rehat. Don’t worry berbondong2 team NGO , Volunteer dan agensi dari serata Malaysia datang.

14. Seperti yang aku kongsikan, each of us have our own unfair advantage. Tak semestinya yang tak dapat turun tidak menyumbang, pergerakan di depan ini dapat ceria dengan lawak2 bodoh korang dalam wasap pun membantu. Doa kan and cheers us. keep chill

Kami tak open collection sangat, segan, team kami kecil, kos kami ada lah tapi tak la besar mana, tapi tak lah kecil juga. we manage to be on our own Bukan bermaksud kami ada duit banyak haha. Tapi ada yg PM nak bantu dan bank in siap2. terima kasih banyak2. Semoga ada rezeki syarikat ada 20 biji 4×4 lepas ni, mobility is crucial. Senang, boleh gerak dengan lebih berkesan, time hari biasa kita kasi sewa. Manpower takda masalah ramai nak follow.

Lets go for today, unplan, uncharted Stay safe all.

Muhammad Faiq Bin Shaf’ii 22122021

Google ads
Back to top button