Buletin

HYUNDAI GABUNG SISTEM LAMPU UTAMA DAN KAMERA?

Hyundai Mobis dikatakan membangunkan sistem terbaharu gabungan lampu utama yang dapat berfungsi sebagai lampu utama dan kamera.

Perkara tersebut didedahkan CarBuzz selepas menemui pemfailan paten diserahkan kepada USPTO oleh syarikat terbabit.

Hyundai Mobis merupakan sub bahagian teknologi Hyundai bertanggungjawab membangunkan teknologi berjalan ketam dan paparan head-up

Terdahulu, syarikat pengeluar Korea Selatan itu telah memfailkan idea sistem lampu/kamera.

Bagaimanapun, ia kini telah mempertingkatkan lagi teknologi untuk menyelesaikan isu pancaran cahaya menghasilkan silau melalui lensa yang mengganggu penglihatan kamera.

Hyundai telah mencadangkan reka bentuk baharu dengan pembahagi dalam perumah yang menghalang sepenuhnya cahaya dipancarkan daripada memesongkan imej kamera.

Ia termasuk lebih daripada sekatan antara dua elemen tetapi merangkumi lens aitu sendiri untuk mengelak cahaya membias ke bahagian sisi.

Secara visual, terdapat ruang pemisah kecil sahaja antara kedua-dua elemen.

Begitupun, secara praktik, ia boleh mencipta kluster cahaya dwi-fungsi yang mampu meningkatkan penglihatan pada sistem komputer kenderaan sekali gus menghasilkan elemen rekaan menarik.

Ia juga membenarkan pengeluar kenderaan membangunkan rekaan cahaya signatur tersendiri. –carbuzz

Google ads
Back to top button