Buletin

FORD TIDAK LAGI TERIMA BOOKING F-150 LIGHTNING. TEMPAHAN SUDAH CECAH 200,000 UNIT

Trak elektrik Ford F-150 Lightning nampaknya bakal mencatat kejayaan besar apabila tempahan yang diterima hampir 200,000 unit. 

Angka itu mewakili produksi selama tiga tahun kerana Ford pada awalnya merancang untuk hanya menghasilkan 15,000 unit F-150 Lightning setahun. Jumlah pengeluaran akan ditingkatkan kepada 55,000 unit pada tahun 2023 dan 80,000 menjelang tahun 2024. 

Ford kini dilihat cuba untuk memendekkan tempoh menunggu dengan memaksimumkan kapasiti kilangnya. Perkembangan tersebut mungkin boleh membantu pelanggan mendapat trak elektrik mereka dengan lebih cepat. 

Sekali gus mengelakkan mereka membatalkan tempahan yang buat masa sekarang cuma memerlukan deposit sebanyak AS$100 (RM420). Ford juga dilapor tidak lagi menerima tempahan ke atas F-150 Lightning.

Ditawarkan pada harga bermula AS$39,974 (RM168,000), pelanggan boleh memilih di antara bateri Standard dan Extended Range yang menawarkan jarak sehingga 370km dan 483km. 

Varian Standard dilengkapi rangkaian kuasa dua motor berkuasa 426hp dan tork 1,050Nm. Manakala varian Extended Range pula mampu menjana 563hp dan tork 1,050Nm. 

Google ads
Back to top button