Buletin

ALPINE A110 R ULTIME – INILAH DIA KISAH UNTUK SEBUAH MODEL KEMUNCAK PRESTASI

Peminat kereta sport pastinya cukup mengenali model Alpine A110, sebuah model yang kelihatan cukup licik dan menggoda. Tapi apabila model Alpine A110 R Ultime dihasilkan, maka inilah dia kemuncak prestasi yang tiada galang ganti untuk sebuah kereta sport A110.

Dibina dalam unit yang cukup terhad hanya 110, model Alpine A110 R Ultime ialah ekspresi model sport milik A110 ini. Dipasang di kilang Jean Rédélé Alpine yang bersejarah di Dieppe, A110 R Ultime ialah kereta ultra-sport yang unik dan penuh emosi, membawa tahap prestasi ke tahap yang bukan calang – calang.

Malah model Alpine A110 R Ultime ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam tempoh 3.8 saat sahaja. Ianya kira-kira 20 saat lebih pantas daripada A110 R untuk catatan masa pusingan di Nordschleife (Nürburgring, Jerman).

Menghasilkan sehingga 345 kuasa kuda, Alpine A110 R Ultime ini dilihat luar biasa untuk kedua-dua prestasi dan nisbah kuasa kepada beratnya.

Di awal pembinaan model ini, Jurutera Alpine bekerja sebagai pasukan “komando” kecil dalam projek A110 R Ultime ini. Mengguna pakai pendirian pasukan perlumbaan, mereka kemudiannya membawa masuk pakar terkemuka dalam sukan permotoran untuk memberikan kenderaan mereka daripada kepakaran jenama yang terbaik meliputi kuasa, aerodinamik dan juga sentuhan peribadi pemilik.

Buat pertama kalinya, Alpine melaksanakan program ultra-pemperibadian, memberikan pelanggan akses kepada rangkaian kombinasi yang hampir tidak terhad untuk mencipta Alpine yang unik milik mereka sendiri. Selain menawarkan rangkaian 28 warna badan, jenama itu telah bekerjasama dengan Poltrona Frau, salah satu pakar kulit terkemuka di dunia, untuk menyediakan pilihan 14 warna upholsteri Alcantara bersama-sama dengan 10 warna kulit.

Walau pun masih lagi menggunakan enjin 1.8 turbo, tetapi beberapa kerja tingkat taraf telah diberikan untuk membolehkan kuasa maksimum 345 HP dan 420 Nm dicapai tanpa masalah.

Dipasang di kilang Jean Rédélé Alpine di bandar asal jenama itu di Dieppe, A110 R Ultime adalah yang terbaik dalam prestasi, kehalusan dan penggayaan eksklusif oleh Alpine. Kemuncak yang dicapai oleh versi A110 ini pastinya akan diingati buat jangka masa yang lama sementara menantikan model kelahiran A110 elektrik yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir 2026.

BACA : ALPINE A110 S ENSTONE EDITION, 300 UNIT TERHAD, RM430 RIBU!

BACA : ALPINE A110 R LE MANS EDISI TERHAD YANG LAJU DAN BERGAYA

Google ads

B K

"
"
Back to top button