Buletin

ALPINE A110 R LE MANS EDISI TERHAD YANG LAJU DAN BERGAYA

Pengeluar kereta sport dari Perancis Alpine telah memperkenalkan sebuah model edisi terhad, Alpine A110 R Le Mans kepada pasaran bagi memperingati perlumbaan tahan lasak yang terulung di dunia, Le Mans bersempena dengan ulang tahun ke 100 perlumbaan itu.

Mengikut kitab sejarah, jenama Alpine ini bukanlah baru dalam dunia perlumbaan Le Mans ini. Alpine telah pun menceburkan diri dalam perlumbaan tahan lasak ini semenjak era 60an lagi, terima kasih kepada pengasasnya, Jean Rédélé.

Sudah tentu apabila menyebut tentang penglibatan Alpine dalam perlumbaan Le Mans, tidak boleh dinafikan kejayaan melalui jentera Alpine A442 pada tahun 1978. Dan kehadiran jenama Alpine dalam perlumbaan tahan lasak ini diteruskan melalui penglibatan pasukan Signatech Alpine ELF dalam kejohanan FIA World Endurance Championship (WEC).

Dan kini Alpine akan memperkenalkan varian terbaharu A110 R Le Mans dalam aksi di litar 24 Hours of Le Mans sehari sebelum berlangsungnya hari peringatan bersempena dengan ulang tahun ke 100 24 Hours of Le Mans. Ianya akan diserikan lagi dengan kehadiran bersama dengan 100 pemilik Alpine.

Alpine A110 R Le Mans ini akan didatang dengan jumlah unit yang terhad, hanya pada 100 unit, sama seperti model Alpine GTA Le Mans yang juga dengan unit yang terhad. Alpine A100 R Le Mans ini menggabungkan ciri yang lebih aerodinamik serta ratio daya-beban yang luar biasa.

Sifat dan karektor ini sama seperti yang ada pada model Alpine M63, Alpine pertama yang bertanding di Le Mans pada tahun 1963.Dan Alpine A110 R Le Mans ini adalah model A110 paling radikal yang meraikan perlumbaan paling radikal, menurut penjelasan oleh Emmanuel Al Nawakil selaku Naib Presiden Jualan, Jaringan, dan Pelancaran Alpine.

Bagi menampilkan ciri radikal daripada sebuah kereta harian kepada jelmaan buah kereta lumba di trek, beberapa komponen Karbon telah digunakan di bahagian bonet hadapan, bumbung, roda serta ruangan interior dengan tempat duduk bucket monocoque Sabelt digunakan. Wing di bahagian belakang juga menggunakan komponen Karbon supaya lebih ringan dengan rekaan ala jentera pasukan Alpine Elf Endurance Team A480.

Dengan mengambil model varian A100 R sebagai asas, kereta ini sudah semestinya cukup ringan dan laju serta ditambah dengan penggunaan komponen yang lebih ringan, kereta ini berupaya memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam tempoh 3.9 saat sahaja. Dan kelajuan maksimumnya pula mencatatkan sehingga 285 km/j.

Satu ciri yang terdapat pada kereta ini adalah chock Road & Track yang telah dipatenkan dimiliki oleh Alpine sendiri. Ianya berfungsi dengan merendahkan kereta serta memberikan ketegaran kereta yang lebih jitu sebanyak 5% sekali gus memberikan kestabilan untuk mengambil selekoh dengan lebih laju apabila digandingkan dengan tetapan sistem ampaian yang ada pada kereta ini.

Khabarnya Alpine A110 R Le Mans ini dijangka dijual pada aras harga £120,500, (RM696,989), kira kira £25,500 (RM147495) lebih mahal berbanding varian A110 R.

BACA : ALPINE A110 PIKES PEAK JUGA MAHU MENCABAR MENAKLUK AWAN

BACA : ALPINE A110 SAN REMO 73 – DNA RALI DENGAN UNIT TERHAD

Google ads

B K

Back to top button