
SPEED SIX YANG CUKUP ISTIMEWA – IMPIAN KANAK-KANAK YANG MENJADI NYATA
Kebanyakan pemilik Bentley mula jatuh cinta dengan jenama itu sedari kecil lagi. Dan itulah juga yang terjadi buat pemilik ketiga daripada 12 model Speed Six Continuation Series. Untuk kisah pemilik ini, ianya adalah daripada model skala daripada Models of Yesteryear – Blower Bentley yang telah diberikan oleh pakcik beliau sekali gus mencetuskan daya tarikan sepanjang hayat dengan kereta lumba Bentley sebelum perang.
Kereta ini telah berjaya dihantar kepada pemiliknya yang dibuat dengan menggunakan tangan di bengkel Mulliner, kenderaan ini mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan. Reka bentuk itu diilhamkan oleh mainan zaman kanak-kanak, menjadikannya sangat peribadi untuk pemilik dan keluarga. Kereta ini mempunyai kemasan hijau unik yang dinamakan ‘Embelo,’ sebagai memberikan penghormatan kepada anak perempuan pemiliknya.

Ternyata pemilik dan isterinya adalah seorang pencinta Bentley dengan memiliki beberapa buah model keluaran kilang di Crewe. Ianya termasuklah Continental GT generasi pertama, Continental GT3R yang diilhamkan oleh sukan permotoran, Continental Supersports generasi kedua dan Bentayga Edisi Pertama.

Walau bagaimanapun, model yang pastinya menjadi kebanggaan buat pemilik dan keluarga ini pasti diberikan kepada Continuation Series ‘Blower’ 4½ Litre Supercharged dan semestinya ahli keluarga yang terbaharu di dalam garaj Continuation Series Speed Six. Pasti ianya memberikan suatu visual dan momen yang sukar diungkap dengan kata – kata apabila pemilik berjaya memiliki model saiz sebenar dan juga model skala untuk Blower dalam koleksi beliau.
Di bengkel Mulliner Classic inilah segala impian pelanggan tersebut telah direalisasikan untuk Continuation Speed Six #3 yang dihasilkan dengan cukup teliti untuk mengekalkan segala perincian agar sama dalam setiap aspek dengan Works Racer 1930-an yang asal. Malah sentuhan peribadi pemilik juga telah diabadikan termasuklah penggunaan cat istimewa ini dan juga paparan no. 3 pada bahagian bawah belakang dan juga radiator.

Menariknya juga apabila Mulliner Classic turut membekalkan dua set ekzos, satu dengan ekzos standard yang bising manakala satu lagi dilengkapi dengan penyenyap.
Setelah siap, pemiliknya terus bercadaang untuk memandunya dengan kerap model Speed Six ini bagi merealisasikan hasrat dan visi Bentley tentang kelajuan, kebolehpercayaan dan juga prestasi.
BACA : KERETA LUMBA BENTLEY SPEED SIX DIBINA SEMULA UNTUK MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA DI GOODWOOD FESTIVAL
BACA : AUDI AUTO UNION TYPE 52 – LAGENDA DARI MASA LALU YANG TIDAK SEMPAT DIBINA