Artikel Pilihan

ANDA BOLEH DIDENDA RM 6348 JIKA LETAK KERETA PETROL DI TEMPAT MENGECAS EV

Kerajaan Australia menetapkan bahawa mana-mana kenderaan yang dilengkapi dengan enjin (ICE) tapi didapati bersalah memarkir kenderaan di petak khas untuk mengecas kereta elektrik akan dikenakan denda yang bernilai RM 6348.

Kesalahan ini juga akan dikenakan pada pemilik EV yang memarkir EV mereka di kawasan oengecasan tapi tidak mengecas EV mereka di 4 buah negeri yang terlibat. Namun denda paling tinggi ialah di Australian Capitol Territory dengan denda RM 10,156 manakala di New South Wales denda ini ialah RM 6982

Wilayah Queensland menetapkan denda sehingga RM 9124 dan paling murah ialad di Victoria adalah paling murah iaitu RM 1171. Presiden Australian Electric Vehicle Association berkata denda ini adalah khusus untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan kereta elektrik dan pusat pengecasan khusus untuk mereka

Isu ini adalah sama dengan isu kita menyalahgunakan tempat meletak kenderaan untuk makan atau minum di stesen minyak yang dikhaskan untuk pengguna lain mengisi petrol atau diesel. Setakat ini Australia telah menyediakan sekitar 80,000 unit stesen mengecas di seluruh negara dan kadangkala wujud salah faham di mana pengguna kereta petrol telah memarkir kenderaan mereka di situ secara sengaja atau tidak sengaja.

Google ads
Back to top button