
BAYI 5 TAHUN TERKORBAN – KEMALANGAN DENGAN LAMBORGHINI URUS SEDANG RAKAM CABARAN YOUTUBE
Seorang bayi berusia 5 tahun terkorban manakala ibu dan kakaknya mengalmaai kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Lamborghini Urus yang disewa. Pemandu dan penumpang Lambo tersebut dikatakan sedang membuat rakaman untuk satu cabaran Youtube dan bertembung dengan Smart ForFour yang dinaiki keluarga terbabit di Rom, Itali.

Inilah satu benda yang kami menyampah dengan cabaran-cabaran dalam media sosial ni. Kadang kala memang tak masuk akal atau dengan kata lainnya, bodoh. Sumber menyatakan yang Urus tersebut dipandu oleh Matteo Di Pietro, seorang influencer sosial media Itali. Beliau dikatakan memandu dengan secara cuai namun ia masih dalam siasatan.
Menurut pihak berkuasa terdapat lima orang di dalam Lamborghini tersebut semasa kejadian. Mereka sedang bertanding untuk catu cabaran yang mensyaratkan mereka untuk menghabiskan masa selama 50 jam dalam SUV Lamborghini. Kalau dah namanya cabaran mestilah ada hadiah tapi rasanya hadiah akan bertukar kepada hukuman penjara.
Laporan lain menyebut Di Pietro sedang ‘mengejek’ pemandu lain di jalan raya sewaktu kejadian dan memandu laju untuk memotong kenderaan-kenderaan lain. Ketika itulah Urus yang dipandu beliau bertembung secara berhadapan dengan kereta yang dinaiki keluarga bayi terbabit.
Bayi tersebut meninggal di tempat kejadian manakala ibu dan kakaknya dikejarkan ke hospital. Keadaan keduanya masih belum diketahui.
Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Saldini dalam komen beliau menyatakan seorang bayi telah terbunuh di Rom dan ia melibatkan satu cabaran yang dianjurkan dalam laman Youtube telah menyebabkan bayi tersebut terbunuh.
“Jika anda seorang pesalah trafik tegar dan mengambil nyawa seseorang kerana memandu secara kurang ajar saya akan pastikan lesen memandu anda digantung seumur hidup dan bukannya sebulan dua,” tambah Salvini. Err… kat Malaysia tak boleh buat macam ni ke? Gantung terus lesen pemandu yang sebabkan kemalangan maut. Apa komen pakar perundangan FB?
Menurut Italy24, pihak berkuasa sedang mengumpul telefon semua penumpang Lamo terbabit untuk bukti tambahan dan dalam proses menentukan berapa kelajuan SUV super itu ketika kejadian. Kalau Ativa pun dan selaju saiklun takkanlah Urus ni lagi perlahan kan?








