PROJEK K SWAP, FERRARI 308 DIPASANG DENGAN ENJIN HONDA K24. 1000HP
Ya anda tak salah baca tajuk artikel kerana StanceWork yang telah menyertai pameran SEMA 2022 dengan jentera Ferrari 308 telah melakukan perkara yang agak merepek dalam sejarah permotoran. Mereka telah melakukan projek K Swap iaitu menukar enjin asal projek dengan enjin Honda K Series
Jentera projek ini adalah sebuah Ferraru 308 GTBi 1981 yang diwarnakan dengan warna kuning Giallo Fly. Enjin asal 2900cc V8 pada 308 ini menghasilkan sekitar 237 kuasa kuda dengan karburetor dan bagi versi suntikan bahan api terus ia menghasilkan sekitar 202 kuasa kuda.
Pada asalnya jentera ini hanya ditukar kepada unit enjin K24 iaitu enjin 4 silinder 2400cc i-VTEC DOHC dengan kuasa 205 kuasa kuda. Namun dari aspek teknikal, enjin K24 ini lebih ringan berbanding dengan enjin V8 yang asal
Transmisi yang asal mungkin tidak dapat menampung kuasa yang dihasilkan, jadi transmisi asal digantikan dengan transmisi perlumbaan 5 kelajuan sequential. Pemilik jentera ini juga telah menggantikan rim yang baru dari Rotiform wheels, H&R suspension, brek jenama AP, aero package termasuk splitter, wing dan diffuser
Anda boleh menonton video penuh bagaimana StanceWork membina jentera Ferrari 308 ini secara terperinci melalui video di bawah. Cuma kami berharap video ini tidak sampai ke telinga Enzo Ferrari kerana beliau mungkin akan melompat dari kubur dan mencekik semua pihak yang terlibat dalam projek ini