Buletin

APA JADI DENGAN SKODA / TOKSPORT UNTUK KEMPEN WRC2 MUSIM INI?

Jenama Skoda dalam kategori WRC2 melalui jentera Skoda Fabia R5 / Skoda Fabia Rally2 evo / RS Rally2 sememangnya cukup digeruni oleh pesaing dalam kelas yang sama. Apa tah lagi jentera ini merupakan jenama yang dianggap sebagai Juara dalam kelas WRC2 sebelum ini melalui kemenangan Juara WRC2 sebanyak tujuh kali.

Umum juga mengetahui dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jentera rali Skoda ini diuruskan oleh pasukan Toksport yang berpangkalan di Nürburgring Jerman.

Namun ketidakhadiran pasukan Toksport ketika aksi pembuka tirai di Rallye Monte-Carlo, pasukan yang disokong penuh oleh Skoda Motorsport untuk beraksi dalam kelas WRC2 dalam perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) menimbulkan sedikit spekulasi di kalangan peminat.

Menurut sumber bacaan di alam maya, Skoda Motorsport dan Toksport hanya akan memulakan kempen WRC2 mereka bermula di Rally Sweden dengan terdapat beberapa perubahan yang tidak lagi menjadi kelaziman buat Skoda dan Toksport.

Menurut sumber, Skoda telah mengurangkan komitmen mereka terhadap kempen WRC2 bermula tahun 2025 ini melalui perjanjian yang telah ditandatangani diantara Skoda dan Toksport.

Perubahan / pengurangan komitmen Skoda ini membawa erti meliputi pengurangan tenaga teknikal / sumber manusia yang dibekalkan oleh Skoda terhadap pasukan Toksport untuk beraksi dalam kelas WRC2.

Dan untuk perlumbaan pertama untuk mereka di Rally Sweden, Skoda dan Toksport akan membariskan pelumba Nikolay Gryazin ,Robert Virves, dan Fabrizio Zaldivar.

Kalau dilihat kepada senarai pelumba yang dinyatakan, ternyata ini bukanlah gandingan pelumba yang menjadi kebiasaan buat pasukan Toksport. Sebelum ini mereka pernah mempunyai pelumba dengan reputasi yang handal seperti Oliver Solberg dan juga Andreas Mikkelsen.

Tetapi selepas kecewa kegagalan memenangi kejuaran kategori pemandu kelas WRC2 melalui Oliver Solberg, semuanya tampak sedikit berbeza setelah pemandu handalan dari Sweden tersebut memutuskan untuk berpindah ke pasukan Toyota untuk memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 musim ini.

Apa pun, kena tunggu dan lihat bagai mana langkah pasukan Toksport selepas ini. Adakah mereka akan menambah Andreas Mikkelsen kepada senarai pelumba mereka bagi mengelakkan dominasi Toyota / Citroen musim ini?

Foto : WRC

BACA : SKODA MOTORSPORT MENERUSKAN LAGI PEMBANGUNAN SKODA FABIA RS RALLY2. BIAR LAGI LAJU KATANYA

BACA : KERJA GILA. DALAM MASA 46 MINIT SELESAI GANTI CHASIS DAN SKODA FABIA RALLY2 PUN SIAP!

Google ads

B K

Back to top button