Artikel Pilihan

KERJA GILA. DALAM MASA 46 MINIT SELESAI GANTI CHASIS DAN SKODA FABIA RALLY2 PUN SIAP!

Pasukan Toksport WRT yang bertanding dalam kategori Rally2 di WRC Rally Greece sebelum ini berjaya melakukan magis dan perkara yang tidak terduga apabila berjaya menyalin semula chasis model Skoda Fabia Rally2, sejam sebelum saingan EKO Acropolis Rally Greece bermula.

Jentera Rally2 milik pelumba Brynildsen yang berasal dari Norway itu gagal melepasi sesi scrutineering terhadap chasis pada hari Rabu menyebabkan pasukan yang berpangkalan dari Jerman itu terpaksa membuat suatu keputusan yang paling sukar. Kemas barang dan pulang dan perasaan hampa atau pun dapatkan chasis gantian untuk memulakan kerja.

Dan Toksport WRT memilih untuk pilihan kedua dan usaha mendapatkan chasis gantian dilakukan dengan seberapa pantas. Akhirnya mereka berjaya mendapatkan chasis gantian melalui pasukan Topp-Cars Rally Team yang berpangkalan di Hungary. Sebetulnya agak sukar juga untuk pasukan mereka menemui chasis gantian apatah lagi semua orang sedang berlumba dan mereka jauh berada di bumi Greece.

Menurut Ketua Jurutera Pasukan, Yannick Willocx mereka terlebih dahulu menemui chasis gantian namun ianya berada di Jerman dan juga Republik Czech namun ianya cukup jauh untuk tiba di Greece. Mujurlah berjaya menemui pasukan Topp-Cars. Chasis tersebut bergerak meninggalkan Budapest sekitar jam 6 petang dan memandu sepanjang malam bagi memastikan ianya tiba pada masa yang sepatutnya.

Dan chasis tersebut tiba di Lamia, Greece tepat jam 9.58 pagi dan mereka cuma ada masa sejam sahaja untuk menyalin semula chasis tersebut sebelum sesi scrutineering berikutnya bermula jam 11.00 pagi. Menurut Yannick Willocx lagi, chasis yang diterima telah tersedia enjin di dalamnya dan mereka harus menukar enjin sedia ada sebelum memasukkan enjin asal yang disediakan oleh pasukan mereka. Mujurlah mekanik pasukan Toksport WRT seramai 40 orang bekerja keras untuk melakukannya.

Dalam tempoh 10 minit pertama, enjin dan gandar hadapan telah pun siap dipasang. Dan 46 minit kemudiannya, jentera rali Skoda Fabia Rally2 mereka telah pun siap. Ngam ngam soi oi!

Ternyata keputusan untuk menyalin chasis tersebut dilihat berbaloi apabila Eyvind Brynildsen berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh keseluruhan dan keempat bagi kategori WRC2.

BACA : SKODA FABIA S2000 – KEBANGKITAN EVOLUSI KERETA RALI SKODA

BACA : GENERASI BAHARU SKODA FABIA RALLY2 BAHARU SEDANG DIUJI

Google ads

B K

Back to top button