Artikel Pilihan

FERRARI MULA UJI “SPRAY GUARD”, ELAKKAN KEMALANGAN MASA HUJAN

Jentera Formula 1 Ferrari telahpun memulakan sesi ujian komponen baru seperti yang disarankan oleh FIA dengan menggunakan jentera F1 tahun 2022 di litar Fiorano. Jentera ini dipandu oleh Arthur Leclerc dari Ferrari Driver Academy dengan dipasang 2 rekaan spray guard yang berbeza

Jentera ini turut diikuti oleh sebuah lagi jentera F1 dalam spesifikasi biasa sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan spray guard rekaan Ferrari. Satu rekaan komponen dihasilkan dengan lubang yang kecil dan satu lagi dengan ruang bukaan yang lebih besar dan agresif

Secara rasmi FIA memanggil komponen ini sebagai Wet Weather Package atau singkatanny WWP, boleh dipasang pada mana-mana jentera F1 dengan menggunakan keadah ikatan bolt dan nut. Ia boleh dipasang ketika perlumbaan berlangsung dan ketika hujan lebat berlaku.

Antara salah satu faktor yang mendorong pengenalan komponen ini ialah rentetan berlakunya keputusan perlumbaan yang perlu dibuat hanya pada 1 pusingan perlumbaan sahaja pada Belgian Grand Prix tahun 2021. Malah lebih memalukan keputusan ini dibuat berdasarkan perlumbaan di belakang Safety Car.

Apa yang dipasang pada jentera Ferrari ini bukanlah versi akhir komponen WWP, tetapi sebagai sebahagian besar ujian yang memerlukan Ferrari mengutip data untuk rekaan”spray guard” yang lebih bagus serta membandingkan data yang diperolehi menerusi simulasi komputer.

Komponen WWP telah diuji dengan menggunakan jentera Mercedes, dipandu oleh Mick Schumacher di Litar Silverstone. Hasil keputusan ujian mendapati semburan air yang dihasilkan adalah lebih banyak daripada yang dijana oleh simulasi komputer

Salah satu aspek yang cuba diperbaiki oleh FIA ialah rekaan “spray guard” yang lebih kompak, mungkin untuk memperbaiki pergerakan udara dan mengurangkan kebarangkalian berlakunya semburan air. FIA dijangka akan mengalami masalah dalam memutuskan rekaan terakhir komponen ini, kerana salah satu sebab berlakunya semburan ialah rekaan diffuser pada bahagian belakang jentera F1

Google ads
Back to top button