Buletin

AURIGA DELUXE 122, BLIZZARD PENGANGKUT KENDERAAN SERBA CANGGIH

Starrtrek Carriers Sdn. Bhd. menawarkan servis pengangkutan kenderaan baharu yang berkualiti dan canggih di negara.

Buat julung kali, syarikat terbabit memperkenalkan perkhidmatan semi-trailer bertutup Auriga Deluxe 122 dan semi-trailer Blizzard.

Pengenalan khidmat terbaharu itu dijangka memberi saingan dalam pasaran logistik automotif negara.

Menariknya tentang Auriga Deluxe, ia mampu membawa muatan kenderaan tanpa terdedah kepada cuaca tidak menentu, memberi perlindungan ketika melalui permukaan tidak rata dan melindungi kenderaan terkena lantunan batu sepanjang perjalanan.

Semi-trailer Blizzard pula, ia hadir dengan reka bentuk inovatif sekali gus menawarkan lebih banyak ruang untuk membawa lebih banyak muatan bagi setiap perjalanan.

Barisan pengangkutan baharu itu juga mampu menepati keperluan industri dan pelbagai keperluan pengguna.

Kedua-dua Auriga Deluxe dan Blizzard dilengkapi sistem hidraulik untuk membantu mengangkat serta menurunkan muatan.

Ia menggunakan keluli ringan dan tahan lasak digabungkan dengan teknologi serta inovasi baharu.

Jentera disokong Scania Prime Movers dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termasuk GPS dan beberapa kamera pemantau.

Dari segi kapasiti, Auriga Deluxe mampu menampung sehingga enam kenderaan penumpang atau empat SUV pada satu masa.

Bagi Blizzard, ia berupaya memuatkan sehingga 10 unit kenderaan bergantung kepada saiz.

Pengarah Urusan Starrtrek Carriers, Datuk Kumar Prabakaran berkata dengan pengangkutan canggih tersebut, pihaknya menetapkan tahap baru bagi perkhidmatan logistik kenderaan berkualiti tinggi tanpa kompromi.

“Buat masa ini, terdapat satu unit Auriga Deluxe manakala enam unit Blizzard yang beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Kami berbangga menjadi pelopor dalam lapangan ini yang mampu menawarkan kualiti servis lebih tinggi kepada pelanggan,” katanya ketika melancarkan barisan baharu Auriga Deluxe dan Blizzard di Glenmarie, Selangor.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.starrtrekcarriers.com.my

Google ads
Back to top button