Artikel Pilihan

SCANIA UJI LORI BERKUASA ELEKTRIK, KUASA ELEKTRIK DATANG DARI GRID ELEKTRIK

Beberapa negara Eropah seperti Itali, Jerman dan Sweeden sedang menguji lori berkuasa elektrik khusus untuk kegunaan industri pengangkutan dan logistik dalam usaha untuk mengurangkan lagi pelepasan gas karbon dioksida. Lori ini masih lagi menggunakan enjin diesel ketika memulakan perjalanan tapi ia berubah menjadi sebuah EV bila melalui lebuh raya

Apabila memasuki lebuh raya ujian sepanjang 10km yang dibina khas di Autobahn Jerman, panthograph di atas kepala lori (prime mover) akan dinaikkan dengan satu butang khas yang akan ditekan oleh pemandu lori terus bersambung dengan kabel elektrik di atas lebuh raya.

Enjin diesel akan dimatikan secara automatik dan kuasa elektrik akan menggerakkan motor elektrik. Ujian yang dijalankan oleh Scania ini dilakukan di lebuh raya Autobahn antara Franfurt dan Darmstadt sejauh 10km dengan kerjasama Siemens bagi mengkaji adakah kaedah ini sesuai untuk digunakan oleh indsutri logistik pada masa akan datang

Kajian projek yang disebut sebagai ELISA (Electrified Innovative Heavy Traffic) antara Scania dan juga Siemens ini telah disokong oleh German Federal Ministry for the Environment dengan geran bernilai 15 juta Euro. Selain Frankfurt, lebuh raya ujian ini juga dilakukan di Baden-W├╝rttemberg dan Schleswig-Holstein.

Agensi kerajaan di Itali dan Sweeden juga menjalankan kajian yang hampir sama dengan matlamat menyediakan infrastruktur terutama di jalan atau lebuhraya di kawasan perindustrian utama di Eropah. Bagi mereka industri pengangkutan dan logistik boleh menyumbang kepada penurunan pelepasan gas karbon dioksida dengan cepat.

Dalam ujian ini Scania menyediakan 15 lori berkuasa diesel elektrik hibrid R450 untuk ujian dan Siemens membangunkan sistem pantographs yang dipasang pada bumbung lori. Scania juga bertanggngjawab menguruskan penyelenggraan lori dan mengumpul data kajian daripada ujian jalanan yang dibuat.

Timbalan Presiden R&D Scania, Claes Erixon menyatakan penggunaan kabel elektrik dan juga sistem pantographs merupakan salah satu cara alternatif yang bagus dalam usaha membangunkan sistem pengangkutan bebas bahan api fosil pada masa depan.

Google ads
Back to top button