
POLIS JUMPA TRELER PENUNDA PENUH KERETA CURI.ADA 3 PERONDA POLIS!!!
Pengesan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) yang dipasang pada kenderaan moden hari ini banyak membantu pihak polis dalam penemuan semula kenderaan yang dicuri penjenayah.
Bagaimanapun, pihak Polis Negeri Michigan berdepan situasi mengejutkan apabila pengesan GPS membongkar pertemuan dengan treler penunda membawa kenderaan curi termasuk jentera peronda polis!!!
Menurut The Detroit News, pihak polis telah bertindak atas laporan 911 daripada pemilik salah satu kenderaan dicuri sehingga menemukan kenderaan-kenderaan terbabit.

Dengan menggunakan koordinat GPS, pihak polis menemukan kenderaan berkenaan sedang berada di atas jalan raya berdekatan Van Buren Township.
Apabila menghampiri kenderaan, ia sedang ditunda treler pengangkut Peterbilt bersama beberapa kenderaan curi yang lain.
Pengawai polis menemui tiga lagi kenderaan lain dilaporkan dicuri. Ia termasuk Dodge Charger 2020 yang dicuri di Jabatan Polis Warren.

Selain itu, terdapat juga jentera Dodge Charger 2018 dan Dodge Charger 2017. Masing-masing dicuri dari Jabatan Polis Southfield dan Jabatan Polis Detroit.
Melalui gambar, kelihatan sebuah Dodge Durango dan Jeep Grand Cherokee yang dibawa bersama treler itu termasuk wang tunai bernilai AS$10,000 (RM 41,530).

Pemandu trak yang protes mereka tidak bersalah memberitahu, peronda dia baharu sahaja membeli treler terbabit dan sedang dalam perjalanan ke Belleville untuk mengambil sebuah lagi kenderaan.
Pihak boleh masih menjalankan siasatan berhubung penemuan kenderaan curi terbabit. – carbuzz
- BACA: LUMBA DRAG GUNA KERETA PERONDA. DUA ANGGOTA POLIS DALLAS DISIASAT
- BACA: POLIS TURKI GUNA GAMBAR KERETA PERONDA UNTUK INGATKAN PENGGUNA JALAN RAYA
- BACA: BAWA LARI HONDA CIVIC BAHARU POLIS DI PULAU PINANG, KANTOI DEKAT SHAH ALAM
- BACA: LEXUS LC COUPE JADI ‘KELUARGA’ POLIS TOCHIGI. ADA BERANI NAK LARI?