BuletinModifikasi

BANGKOK AUTO SALON 2018: TOYOTA HIACE DARI OAK CLUB, SIAM STYLE.

Seperti yang kita ketahui, Toyota Hiace merupakan kenderaan van yang sangat popular di Thailand. Van komersial ini digunakan dengan meluas dan jika anda biasa ke pulau peranginan seperti Phuket, Koh Samui atau Krabi dan Pattaya, Toyota Hiace Commuter adalah van pengangkutan wajib digunakan operator pelancongan di sana.

Walaupun Hiace Commuter itu merupkana majoriti, model Hiace “kurus” dengan tingkap hitam masih boleh dilihat. Hiace milik Oak Club yang juga merupakan pengedar baranag Spoon Sports di Thailand ini mungkin boleh dijadikan contoh buat peminat Hiace tempatan.

Van ini dimodifkasi degan cara yang agak ringkas. Ia dipadankan dengan lips pada bampar hadapn, panel pada skirting sisi badan dan spoiler di bumbung belakang.

BACA: BANGKOK, HIACE ENJIN GT-R

Rim yang digunakan adalah dari jenis 2 pieces buatan Enkei. Ramai sebenarnya yang keliru dengan menyangkakan ia rim buatan Watanabe.

Sebenarnya, ia didatangkan dengan enam lubang PCD 139.7mm dan nama penuhnya ialah Enkei Decemu 10.

Warna putih keseluruhan menjadikan van ini nampak sangat “bersih”

GALERI

Google ads
Back to top button