BuletinModifikasi

BANGKOK AUTO SALON 2018: MAZDA RX-7 BN SPORT B.L.S

Siapa yang tidak kenal Mazda RX7, satu-satunya kereta produksi penuh di dunia yang menggunakan enjin jenis Wankel rotary yang cukup unik. Enjin rotary secara asasnya ialah sebuah enjin yang sangat mudah untuk dipertingkatkan dan diselenggara. 

Enjin itu tidak memerlukan injap, aci sesondol, spring injap mahupun kepala silinder. Ia hanya memerlukan sepasang rotor berbentuk segi tiga, sebatang shaft serta lubang port untuk kemasukan udara dan bahan api, cukup mudah.

BACA: MAZDA RX-7 EFINI YANG SPORTY!

Selain daripada enjinnya yang unik, RX7 juga dikenali kerana reka bentuk badannya yang sporty. Model FD3S ialah model RX7 generasi ketiga yang mula diperkenalkan pada awal 1990-an. Ia merupakan model kedua menggunakan enjin 13B rotor berkembar yang menggantikan enjin 12A rotor tunggal yang digunakan pada RX7 model pertama.

Ini adalah RX-7 Efini, model yang diidamkan oleh semua orang 10 tahun dahulu, sekarang dan 10 tahun akan datang. Ia mempunyai daya tarikan tersendiri yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. Kereta ini diterbangkan khas dari Jepun dan ia merupakan kereta milik salah satu tuner rotary di Jepun – BN Sports.

Enjin 13BREW telah ditala sehingga memperolehi 500 kuasa kuda pada 5,500rpm. Bahagian yang dipertingkatkan ialah set APEX Seal baru, turbo T51R SPL dan pelapik klac OSGIken.

Bahagian kosmetik kereta pulan diperkemaskan dengan kit khas BN Sport yang dikenali dengan siri B.L.S dengan spoiler belakang yang boleh menyidai kain baju. Ye. spoiler belakang tu buruk.

Kereta ini dikemaskan lagi dengan warna BN Candy Red. Suspensi pula terdiri daripada set bolehlaras Swift dan akhir sekali rim Work SP30.

GALERI

Google ads
Back to top button