Buletin

TOYOTA 86 TRD SPECIAL EDITION 2019 – VARIAN TERATAS, TRANSMISI MANUAL SAHAJA

Toyota baru-baru ini melancarkan 86 TRD Special Edition di Jepun, jentera itu kemudian dijangka dipasarkan pula ke pasaran lain seperti Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Toyota 86 2019 dilapor dipasang dengan komponen-komponen TRD Special Edition yang unik. Antaranya termasuklah bodykit TRD, spoiler belakang dan rim bersaiz 18 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport 4.   

Jentera itu dipasang dengan sistem brek Brembo, peredam SACHS dan dan ekzos TRD. Berkaitan enjin pula, masih tidak dapat dipastikan sama ada semua penambahbaikan ini akan meningkatkan lagi kuasa enjin Boxer bersesaran 1.0 liternya.

Versi terbaharu itu hanya didatangkan dalam warna hitam (Raven Black) yang eksklusif. Selain grafik tiga warna TRD pada bahagian sisi badannya.

Bahagian kabin pula menyaksikan ia dipasang dengan kemasan berwarna hitam merah, bersama logo TRD yang dijahit pada papan pemuka sebelah penumpang.

Toyota tidak menyatakan bilakah versi ini akan didedahkan. Namun, apa yang pasti ia akan diposisikan sebagai varian tertinggi dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan sahaja.

Harganya menyaksikan kenaikan hampir AS$6,000 (RM24,250) berbanding varian asas. Jualan 86 sememangnya dilihat semakin merudum. Bulan lalu, Toyota hanya mampu menjual 3,101 unit 86, jatuh 38 peratus berbanding tahun 2017.

Toyota akan mula membangunkan 86 untuk tahun 2019 bulan depan. Produksi untuk TRD Special Edition dihadkan kepada 1,418 unit sahaja.

Google ads
Back to top button