
BENDIX PERKUKUH KERJASAMA DENGAN KENNY LEE DAN SOKONG SIRI PERLUMBAAN SKILLDRVN 2025-2026
Bendix, melalui pejabatnya di Malaysia, FMP Automotive (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru ini telah mengumumkan kesinambungan kerjasama dengan Kenny Lee sebagai duta jenama rasmi Bendix.
Kenny Lee, figura yang disegani dalam dunia sukan permotoran, merupakan Prinsipal Pasukan & Ketua Jurulatih Kegani Racing Academy yang komited dalam melahirkan bakat baharu dalam perlumbaan.
Dalam satu perkembangan penting, Kenny Lee mendedahkan bahawa selain sokongan Bendix sebagai rakan brek rasmi untuk SKILLDRVN One Make Race Series musim 2025, Bendix juga akan menjadi salah satu pemilik pasukan dalam SKILLDRVN Swift Supercup Pro-Series yang akan bermula pada tahun 2026.

Siri Pro ini akan menampilkan 10 pasukan perlumbaan, setiap satu terdiri daripada seorang pemandu yang dipilih daripada kumpulan bakat SKILLDRVN One Make Race Series untuk bertanding di peringkat profesional.
Pemandu yang terpilih akan menerima kontrak perlumbaan dengan semua kos operasi ditanggung sepenuhnya oleh pasukan masing-masing.
Penglibatan Bendix dalam SKILLDRVN One Make Race Series mengukuhkan dedikasi jenama ini dalam menyediakan prestasi brek terbaik, bukan sahaja untuk pemandu harian, malah untuk pelumba profesional.

Meraikan lebih satu abad kecemerlangan dalam sistem brek, Bendix terus mendahului inovasi dengan teknologi canggih seperti reka bentuk pad brek Stealth untuk mengurangkan bunyi dan Blue Titanium Stripe yang meminimumkan tempoh bedding-in bagi memberikan prestasi optimum sebaik sahaja dipasang.
Dengan kehadiran pasaran yang meliputi lebih 95 peratus kenderaan penumpang di Malaysia—termasuk kereta berprestasi tinggi, kenderaan elektrik, 4WD dan kenderaan komersial—Bendix juga merupakan pembekal OEM untuk Proton dan Perodua.
Rangkaian luasnya yang terdiri daripada 1,000 pengedar, pemborong, peniaga alat ganti dan bengkel memastikan produk mereka mudah diakses oleh pemilik kenderaan serta pelanggan korporat di seluruh negara.

Peminat sukan permotoran boleh menantikan musim perlumbaan yang mendebarkan apabila pasukan yang disokong oleh Bendix turun ke litar dalam SKILLDRVN One Make Race Series dan SKILLDRVN Swift Supercup Pro-Series.
Dengan momentum yang semakin meningkat, siri perlumbaan ini terus menjadi platform utama bagi pelumba bercita-cita tinggi untuk mengasah bakat mereka dalam persekitaran lebih tersusun di bawah bimbingan profesional berpengalaman.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi: www.bendix.com.my
- BACA:DENZA D9 DIPERKENALKAN – VARIAN FWD DAN AWD, TAWAR JARAK GERAK 520KM
- BACA: EMIL LINDHOLM KEMBALI SEMULA KE TOKSPORT UNTUK PANDU SKODA FABIA RS RALL2 MUSIM INI
- BACA: PERODUA AXIA, BEZZA DAN MYVI TERUS MENGUNGGULI JUALAN JANUARI 2025
- BACA: HYUNDAI CASPER ELECTRIC CROSS 2025 TAMPIL ELEMEN LASAK – HARGA SEKITAR RM115K