Buletin

PRO-NET LANCAR BILIK PAMERAN PROTON e.MAS DI SABAH DAN SARAWAK

Anak syarikat kenderaan tenaga baharu PROTON, PRO-NET, mencatatkan pencapaian penting dalam usaha mengembangkan rangkaian pengedarnya dengan pelancaran rasmi bilik pameran Proton e.MAS di Sabah dan Sarawak, membawakan penyelesaian mobiliti elektrik yang canggih kepada para pelanggan.

Di Kota Kinabalu, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, YB Datuk Phoong Jin Tze, telah merasmikan pembukaan bilik pameran Proton e.MAS milik Harapan Maju Sabah Sdn. Bhd. pada 8 Februari.

Sementara itu, di Sarawak, Datuk Bandar Kuching, Ybhg. Dato Wee Hong Seng, melancarkan bilik pameran e.MAS oleh Melinau EV Sdn. Bhd. pada 11 Februari. Perluasan rangakaian pengedar ini diteruskan dengan pembukaan bilik pameran Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. di Sarawak pada 13 Februari, diikuti oleh Fook Loi Eurocar Sdn. Bhd. di Sabah pada 28 Februari 2025.

Pembukaan rangkaian pengedar baharu ini menegaskan komitmen berterusan PRO-NET dalam memperluaskan ekosistem EV di Malaysia.

Peluasan ke Sabah dan Sarawak bukan sekadar membawa teknologi automotif yang lestari dan inovatif, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi rantau ini melalui penciptaan peluang pekerjaan serta pengenalan teknologi canggih.

Bilik pameran moden ini direka bukan sahaja untuk mempamerkan teknologi kenderaan elektrik terkini dari PROTON, tetapi juga berfungsi sebagai pusat utama bagi pendidikan dan interaksi kepada pelanggan.

Rangkaian pengedar Proton e.MAS bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan dengan mengintegrasikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan, memastikan sokongan jangka panjang kepada pemilik kenderaan EV ini.

Dengan 37 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara, PRO-NET terus berkembang pesat. Seiring dengan pertumbuhan jenama ini, ia membuka ruang untuk lebih banyak inovasi dan pengalaman berorientasikan pelanggan.

Google ads
"
"
Back to top button