Buletin

BENGANG PASAL TUNTUTAN, ADJUSTER INSURANS BAKAR 5 KENDERAAN

Bengang dengan syarikat insurans yang menguruskan tuntutannya, seorang pelaras insurans (adjuster) bertindak luar kawalan apabila membakar lima buah kenderaan pada 16 November lalu.

Jentera yang terbakar di Jalan PJU 1A/1 Ara Damansara. itu terdiri daripada lori Isuzu, Proton Wira, BMW, Proton Persona dan Honda City.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisiner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seorang ejen insurans dipercayai dalang kes bakar kenderaan direman tiga hari untuk membantu siasatan kes.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira jam 2.50 petang semalam kerana terlibat dalam terlibat dengan kes bakar terbabit.

“Suspek dipercayai bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat insurans untuk membuat urusan tuntutan insuransnya,” katanya dalam satu kenyataan.  

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sebuah resort di Genting Highland, Pahang kira-kira jam 11 malam 16 September lalu.

Suspek sama dipercayai terlibat tiga kes yang berlaku pada 9 Jun, 4 Julai dan 16 November berhampiran Kondominium Sri Putramas, Kuala Lumpur membabitkan lapan buah kereta jenis Mercedes Benz, Bently, Toyota dan Perodua dengan kerugian berjumlah RM190,000.

Siasatan juga mendapati suspek ini memiliki dua rekod lampau bersabit kes tipu dan judi. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button