Buletin

SEMBANG VIP: APA KEISTIMEWAAN PAKEJ INSURANS VOLKSWAGEN INI?

Di satu petang yang hujan, kelihatan boss Mekanika sedang bermuram durja. Lalu Farhan pun melepak bersama-sama boss agar dukanya hilang dengan segera. Bukan apa, risau juga boss melarikan diri dari rumah gara-gara lupa menjemur kain.

Farhan: Assalamualaikum, Boss. Awat termenung panjang ni? Macam kucing hilang anak.

Boss: Ni ha, dalam musim hujan ni aku terlanggar kereta awek cun tadi. Habis kereta Golf aku pecah lampu dan bumper kemek. Grill pulak pecah.

kredit foto daripada filem: To Wong Foo, thanks for everything

Farhan: Huiii untung la langgar awek. Cun sangat ke boss

Boss: Cun hape, suara macam ekzos bocor je. Nasib baik aku guna Volkswagen Insurance Plan (VIP)

Farhan: Benda apa tu Boss. Macam menarik je ni.

Boss: Pakej insurans khas untuk pemilik kereta Volkswagen yang dikeluarkan oleh Volkswagen Malaysia sendiri. Banyak benefit dia ni bro.

Farhan: Eh ye ke boss? Halalan toyyiban tak ni?

Boss: Jangan risau la, ada pilihan konvensional dan takaful. Bolah pilih insurans daripada Allianz General Insurance Berhad atau Etiqa General Takaful Berhad.

Farhan: Tapi mesti lama nak lulus claim repair kan?

VGM LANCAR KEMUDAHAN 3S DI MELAKA

Boss: Takde lah bro. Approval untuk kereta Volkswagen ni cepat. Takde hal dan staff dekat body & paint tu dah setelkan semua untuk aku. Aku sign je form-form. Ni omputih panggil “hassle free”.

Farhan: Fuhhh mantap. Tapi boleh percaya ke boss? Nanti bengkel tunjuk pada kita barang ori, pasang barang tak ori.

Boss: Memang boleh dipercayai bro. Semua kerja baik pulih kena ikut standard dan prosedur Volkswagen. Semua kerja pembaikan hanya boleh dijalankan di bengkel body & paint Volkswagen sahaja. Confirm diorang guna parts 100% ori sahaja. 

Farhan: Tapi nak tunda jauh-jauh tu yang malas bos. Nanti kene pow lagi dengan kereta towing.

Boss: Benefit VIP ni ada towing yang siap sedia 24 jam khas untuk pelanggan VIP ni. Jam 2 pagi pun boleh. Telefon jer hotline 1-800-88-2389 untuk bantuan tepi jalan.

Farhan: Hmm tapi kan kereta boss dah lama kan? Headlining kereta pun dah macam siling rumah atok saya je. Kalau pakai part baru, confirm kena betterment kan?

Boss: Amboi mulut, tak ada insurans betul. Betterment ni maksudnya, kalau kereta kita berumur kurang 5 tahun, tak ada kos tambahan yang kena bayar. Kalau usia 5 tahun ke atas baru ada kos tambahan. Dia macam ni, katakanlah kos repair Golf ni RM1,000, insurans akan cover 85%, pemegang polisi kene tanggung 15%. Ikut umur kereta la.Tapi Volkswagen Insurance Plan ni bagus, takde betterment sehingga umur kereta 10 tahun. Syok beb.

Farhan: Habis tu kenapa Boss muka tension je ni

Boss: Aku senyum-senyum tadi. Ingat original! Dah la aku terbagi no telefon. Ni dia ajak dinner pulak.

Farhan: Ini kesnya boss. Cari yang original saja. Kalau tiruan ini lah padahnya.

Kesimpulan

Sebagai seorang pemilik kenderaan Volkswagen, ini hanyalah sebahagian daripada faedah yang akan anda perolehi sebagai pemegang polisi VIP. Ia dijamin mudah dengan servis dan alat ganti yang boleh anda percayai.

Inilah aspek yang ingin dipertingkatkan oleh syarikat, demi menambah baik pengalaman pemilikan. Memang sakit hati kalau terlibat dalam kemalangan, jadi biar VIP selesaikan selebihnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VIP, kunjungi sahaja mana-mana pengedar sah Volkswagen. Jika anda perlu memperbaharui cukai jalan tidak lama lagi, ini ialah sesuatu yang wajar anda pertimbangkan.

Sekiranya anda sedang mencari sebuah kereta Volkswagen, ketahui bahawa ada perkhidmatan selepas jualan yang ditawarkan untuk kemudahan dan ketenangan minda anda.

Untuk semua pemilik Volkswagen, daripada Volkswagen.

Google ads
Back to top button