JET PEJUANG MiG-29K INDIA TERHEMPAS DI LAUT ARAB. JURUTERBANG MUDA HILANG
Sebuah jet pejuang MiG-29K India dilapor terhempas di Laut Arab yang menyebabkan seorang juruterbang hilang, manakala seorang lagi juruterbang berjaya diselamatkan.
Memetik laporam akhbar The Times of India, pasukan tentera laut India melancarkan operasi mencari besar-besaran untuk mengesan juruterbang muda, Komander Nishant Singh.
Ini merupakan kali keempat jet pejuang MiG-29K terhempas sejak Januari 2018. India membeli sebanyak 45 unit jet pejuang supersonik itu pada harga AS$2 bilion (RM8.13 bilion) untuk beroperasi daripada kapal perang INS Vikramaditya.
Kapal tersebut dibeli pada November 2013 di bawah pembelian berasingan bernilai AS$2.22 bilion (RM9.48 bilion).
Jurulatih Nishant, Kapten Sheokhand sendiri pernah terlibat dalam kemalangan dengan pesawat pejuang sama di Goa pada November 2019. Namun, dia dan co-pilot berjaya menyelamatkan diri.
Nishant sebenarnya dikatakan berjaya melentingkan diri untuk keluar dari pesawat. Tetapi dia masih belum ditemui.
Pihak atasan tentera mengarahkan supaya siasatan dilalukan secara terperinci untuk mengenal pasti sama ada berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan kemalangan.
- BACA: INDIA HADIAHKAN KAPAL SELAM TERPAKAI KEPADA MYANMAR. KUKUHKAN HUBUNGAN KETENTERAAN
- BACA: HARLEY DAVIDSON KIBAR BENDERA PUTIH DI INDIA
- BACA: TOYOTA TIDAK AKAN KEMBANGKAN OPERASI DI INDIA. BENGANG DENGAN STRUKTUR CUKAI KERETA
- BACA: TOYOTA TIDAK AKAN KEMBANGKAN OPERASI DI INDIA. BENGANG DENGAN STRUKTUR CUKAI KERETA