" "
Buletin

HONDA MALAYSIA PERKENAL PELAN INSURANS HiP YANG LEBIH KOMPREHENSIF

Honda Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Honda Insurance Plus (HiP), satu pelan insurans dengan nilai terbaik yang eksklusif untuk semua pemilik kenderaan Honda.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, HiP berperanan memberi perlindungan komprehensif kepada pelanggan dalam pelbagai situasi. Pakej HiP yang telah dipertingkatkan ini menawarkan manfaat menyelamat (Rescue), perlindungan (Protection) dan penjimatan (Savings).

Manfaat pertama, Rescue melibatkan pasukan penyelamat HiP yang boleh dihubungi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Perkhidmatan eksklusif HiP termasuklah menunda 24/7 sekiranya berlaku kemalangan, kerosakan atau banjir.

Kenderaan akan dihantar terus ke pusat badan & cat (B&P) sah Honda dalam  jarak 450km dari lokasi. Manakala servis tepi jalan menawarkan kos buruh percuma sehingga RM200 bagi setiap sesi, termasuklah alat ganti.

Servis tepi jalan 24/7 itu juga boleh dipanggil untuk membaiki tayar pancit, minyak habis atau menggantikan bateri. Ahli HiP tidak perlu bimbang dengan aspek tuntutan kerana mereka akan sentiasa dikemas kini sepanjang proses tersebut.  

Bagi Protection pula, ahli HiP akan diberikan kualiti pembaikan badan dan cat yang terbaik. Hanya alat ganti tulen Honda digunakan dengan jaminan selama enam bulan atau perbatuan sejauh 10,000km.

Kereta yang dibaiki di B&P ah Honda akan menerima pra-kelulusan pantas untuk tuntutan di bawah RM20,000. Pelanggan juga diberi bantuan perubatan sekiranya perlu.

Sebagai satu manfaat perlindungan tambahan, ahli HiP kini layak menerima perlindungan sehingga RM15,000 jika berlaku kematian atau cacat kekal akibat kemalangan tersebut.

Anda boleh menikmati penjimatan menerusi perlindungan tambahan bagi meringankan beban kewangan. Bayaran insurans 100% berdasarkan kepada nilai yang dipersetujui jika kereta dicuri atau rosak teruk dalam kemalangan bagi kenderaan berusia sehingga 10 tahun sejak ia didaftarkan kini telah dilanjutken kepada 13 tahun.  

Satu lagi kelebihan yang baru ditawarkan ialah Unnamed Driver, di mana HiP memberikan perlindungan kepada semua pemandu untuk kenderaan persendirian tanpa perlu mendaftar nama tambahan.

Selain elaun banjir dan bantuan sehingga RM1,500 sekiranya kereta dicuri atau total loss dan RM1,000 untuk kehilangan kunci. Ahli HiP juga layak menerima perlindungan 100 peratus selama 10 tahun tanpa yuran tambahan. Ini membolehkan alat ganti lama yang rosak akibat kemalangan boleh diganti dengan alat ganti tulen.

Semua pelanggan Honda boleh memperbaharui atau memohon HiP di mana-mana pengedar sah Honda. Maklumat lanjut, hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button