
BERITA SANGAT BOSAN. LEXUS/TOYOTA MENANG LAGI – JD POWER
Ini bukanlah berita yang luar biasa pun. Berita yang normal dan sangat bosan bila membaca Toyota/Lexus menang lagi kategori kereta paling boleh harap berdasarkan kajian yang dilakukan oleh JD Power.
Bagi kajian yang berakhir untuk sesi tahun 2019, Lexus sekali lagi mendapat tempat teratas dalam Vehicle Dependability Study yang dibuat oleh J.D Power di Amerika Syarikat.
Ia bukanlah kemenangan pertama. Lexus menduduki tempat pertama bagi LAPAN tahun berturut-turut.
Kedudukan kedua diperolehi oleh Porsche dan ketiga – Toyota.
GM’s Chevrolet dan Buick mendapat tempat keempat dan kelima.
Kajian J.D Power ini mengukur tahap kebolehpercayaan kenderaan berusia 3 tahun yang dibuat sepanjang 12 bulan lepas. Ini bermakna, kereta yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada produksi tahun 2016.
Berikut adalah senarai keseluruhan pemenang bagi 31 jenama yang dipilih.
1. Lexus: 106
2. Porsche: 108
2. Toyota: 108
4. Chevrolet: 115
5. Buick: 118
6. Mini: 119
7. BMW: 122
8. Audi: 124
8. Hyundai: 124
10. Kia: 126
11. Infiniti: 128
12. Volkswagen: 131
13. Mercedes-Benz: 134
14. Subaru: 136
15. Nissan: 137
16. Chrysler: 146
16. Ford: 146
16. Honda: 146
19. Lincoln: 147
20. Mitsubishi: 158
21. Mazda: 159
22. GMC: 161
23. Cadillac: 166
24. Jeep: 167
25. Jaguar: 168
26. Acura: 171
26. Ram: 171
28. Dodge: 178
29. Volvo: 204
30. Land Rover: 221
31. Fiat: 249