Buletin

SENG GROUP LANCAR BHPETROL SEPANG LUKUT

Seng Group of Companies baru-baru ini melancarkan stesen minyak BHPetrol Sepang Lukut di Port Dickson, Negeri Sembilan secara rasmi.

Pembukaan stesen minyak itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Turut hadir Pengurus Besar Bahagian Bekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Boustead Petroleum Marketing Sd. Bhd. (BHPetrol), Ir. Azizul Azily Ahmad.  

Sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Baru Cina, Seng Group turut memberi sumbangan kepada 11 buah sekolah dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dari sekitar daerah Port Dickson. Sumbangan itu bagi membantu membiayai aktiviti pengurusan masing-masing.

BHPetrol Sepang Lukut terletak di antara bandar Lukut dan Sepang yang menghubungkan pengguna jalaran raya menuju ke arah KLIA atau Port Dickson.

Lokasi strategik dan kawasan yang luas memudahkan pengguna untuk mengisi minyak, membeli barang di kedai serbaneka BHPetromart atau menggunakan bilik air.

Pelanggan juga boleh menambah nilai kad TouchN’ Go dan membuat pembayaran lain melalui e-Pay. Kini, terdapat lebih 400 buah stesen minyak BHPetrol di seluruh negara yang menawarkan produk petrol, biodiesel, diesel Euro5 dan BHPetromart.

Sebahagian besar stesen minyak ini telah dinaik taraf dengan kelengkapan lebih baik. Ia merangkumi tadas yang bersih, surau, mesin ATM dan sebagainya.

“Dengan adanya stesen BHPetrol Sepang Lukut, ia dapat memberi pilihan lengkap kepada pengguna untuk mengisi petrol Infiniti, membeli barang atau menikmati pelbagai perkhidmatan yang disediakan,” kata Pengarah Urusan Seng Group of Companies, Dato’Sri Dr. Lim Chin Fui.   

Google ads
Back to top button