Artikel Pilihan

BETUL KE SERVIS KERETA ELEKTRIK LAGI MURAH DARI KERETA BIASA?

Kereta elektrik tidak menggunakan enjin, maka secara logiknya kereta elektrik tiada minyak enjin yang perlu ditukar pada setiap 6 bulan atau pada kitaran 10,000km. Pada pendapat ramai pengguna, kos penyelenggaraan kereta elektrik akan menjadi jauh lebih murah disebabkan faktor ini

Untuk perbandingan kami akan membandingkan kos penyelenggaraan BYD Seal, Toyota Corolla Sedan, GWM Ora 07, GWM Ora Good Cat, Hyundai Ioniq 5, dan juga MG4 elektrik. Toyota Corolla Sedan dipilih disebabkan ia adalah sebuah kereta sedan konvensional dan juga data servis yang mudah ditemui

Disebabkan data servis untuk BYD Seal memaparkan antara pilihan servis 60,000km, 120,000km, dan juga 180,000km, bagi memudahkan perbandingan semua kenderaan akan dibandingkan sehingga perbatuan 60,000km (selama 36 bulan atau 3 tahun)

Perbandingan ini akan dibuat tanpa mengambil kira kos tambahan seperti kos penjajaran, penyaman udara, pelapik brek, getah pengelap cermin dan lain-lain kos tambahan lain

1. Toyota Corolla – masih sangat konservatif dengan memberikan syarat untuk servis pada 1000km, 5000km, diikuti dengan sela servis pada setiap 10,000km. Pemilik perlu mengeluarkan belanja sehingga RM 2694 dengan menggunakan minyak semi sintetik. Kos ini akan bertambah sekiranya menggunakan minyak sintetik penuh

2. BYD Seal – BYD menawarkan 2 pakej bagi model Seal samaada pakej Standard atau Plus. Bagi pakej standarr, kos servis selama 3 tahun ialah RM 2688. Namun ia merangkumi penjajaran tayar, imbangan tayar, Reducer Oil Service,filter penyaman udara, minyak brek, Drive Motor Coolant Service, dan servis penyaman udara.

Walaupun lebih mahal sedikit berbanding dengan Toyota Corolla, namun ia merangkumi kos tambahan yang tidak dibuat oleh Toyota sekaligus memberikan kelebihan kos kepada kenderaan BYD. Untuk rekod kos servis 3 tahun bagi Atto 3 dan Dolphin ialah RM 1688 bagi pakej standard.

3. GWM – syarikat ini menawarkan 2 model popular bagi pilihan kereta elektrik iaitu model Ora Good Cat dan juga Ora 07 bagi saiz yang lebih besar. Ora Good Cat menawarkan pakej berharga RM 1088 bagi penyelenggaraan 3 tahun berbanding dengan harga tanpa pakej RM 1305.8

Untuk Ora 07, pakej penyelenggaraan selama 3 tahun ialah RM 2,288 bagi varian satu motor elektrik manakala varian 2 motor elektrik ia ditawarkan dengan harga RM 2,688. Bagi kedua dua model, ia datang dengan sela masa 12 bulan atau 15,000km

4. Hyundai – Model Ioniq 5 merupakan salah satu model yang popular dipasarkan oleh kumpulan Hyundai. Terdapat 3 varian yang ditawarkan samaada Lite, Plus dan juga Max. Bagi varian Lite dan Plus, pemilik perlu mengeluarkan belanja sehingga RM 3,535 selepas dipandu sehingg 60,000km

Kos ini akan meningkat menjadi RM 4,344 jika mengambil kira kos servis penyaman udara yang dicadangkan oleh Hyundai. Paling mahal ialah pada perbatuan 60,000km dimana pemilik disarankan untuk menukar penapis penyaman udara, minyak brek, penyejuk sistem bateri dan juga penyejuk motor elektrik

Bagi varian Max, kos ini berubah menjadi RM 3742 bagi jarak pemanduan yang sama atau RM 4,561 apabila difaktorkan dengan kos penyaman udara

5. MG– bagi model MG4, penulis mendapati kos penyelenggaraan adalah lebih rendah dan sedikit berbeza. Sela masa servis adalah pada setiap 12 bulan atau 24,000km. Bagi sela masa 36 bulan, MG4 hanya memerlukan kos servis sekitar RM 507.9 sahaja menjadikan ia adalah kereta elektrik termurah dari segi kos penyelenggaraan

Sebenarnya ada lagi data yang masih belum dijumpai oleh penulis, namun bagi menjawb persoalan di atas 5 contoh setakat ini adalah memadai. Ya kos penyelenggaraan EV boleh menjadi lebih murah ataupun menjadi lebih mahal berbanding kereta penanda aras Toyota Corolla

Namun penulis sengaka tidak memasukkan satu lagi kos tersembunyi iaitu kos penggantian tayar. Disebabkan EV adalah jauh lebih berat, maka kita boleh buat andaian yang kereta elektrik akan menukar satu set tayar atau 2 set tayar dalam tempoh 3 tahun

Buat masa ini, kos tayar kereta elektrik adalah jauh lebih mahal berbanding dengan kos penggantian tayar kereta biasa.

Google ads
"
"
Back to top button