Artikel Pilihan

BILA BILLIONAIR BELI KERETA MEWAH, SANGAT MUDAH DAN SENANG URUSAN

Agaknya bagaimana billionair membeli kereta idaman mereka? Penulis pun kadang-kadang tertanya dalam hati adakah mudah bila berurusan dengan billionair ini? Iye la sebab mereka banyak duit, sudah pasti mereka ada standard layanan ala-ala VIP dan protokol yang mesti dipatuhi

Berikut ialah catatan Facebook Tuan Firdaus Musa berkenaan dengan pengalamannya menjual sebuah kereta mewah kepada seorang billionair yang amat merendah diri dan berbudi bahasa ketika berurusan. Ini menjadikan urusan jual beli antara mereka berjalan dengan sangat lancar dan mudah.

————————————————————————————————-

“Jangan lambat, sebelum ni dato dah cancel dengan dealer lain hanya sebab lambat.
“Saya perlukan model sekian, dan saya mahukan hanya 4 seater? Boleh dapat?”
“Boleh, tapi perlu sedikit masa sebab model dengan 4 seater memang susah nak dapat,”aku jawab pendek.
How much? 


“Around 3 juta”,’ kata aku. “Perlukan ‘downpayment’ 50% dan selebihnya sebelum kereta sampai perlu selesaikan habis”. Boleh nego? Aku jawab boleh dan pasti ada ruang untuk tawar menawar.


Keesokan harinya PA dato call aku katanya cek dah siap, boleh ambil di ofis. 
Tertera di cek bertulis, dua juta lima ratus ribu sahaja. Seronok, pada masa yang sama seram. Seronok sebab dapat booking macam ni punya banyak. Seram sebab takut lambat deliver.


Klien dah bayar, tapi kereta tak nampak batang hidung lagi. Mampus. 2 hari tak tido tunggu if di UK ada kereta yang available. Syukur. The next day ada dealer di UK updated iklan sebiji macam klien nak. Tak banyak pusing, terus lock. Dan straight away inform klien. Hantar video segala detail berkenaan model yang dia nak. Dia pun tak banyak soal.


Dia cakap okay, saya nak yang ini. Disertakan dengan baki ‘payment’ 500K. Cukup mudah dan tak banyak songeh. Booking airfrieght. Dalam 4 hari kereta sampai. Kereta sampai je terus bawa ke puspakom. Petang terus register.

“Dato nak single digit atau dua digit no plate?”
Pakai running saja Firdaus. Saya tak mahu fancy.


Terkedu kejap, jarang aku dapat permintaan macam ni. Polish elok elok, pastikan semua dalam keadaan baik, pantang ada signal bukan bukan je keluar aku dah tak tenteram. Syukur semua selesai baik.


Waktu deliver aku call, “dato saya hantar di lobi ofis okay?”Tanya aku.
“Jangan Firdaus, parking saja di basement. Segan saya”. Aku takut sebenarnya kalau dia check ada komplain itu ini. Tap sangkaan aku meleset dengan cemerlang. Dia datang terus masuk dan tanya sekadar perlu.


Ini button apa? Ini apa? Ini macam mana nak buka? Lepas tu duduk seat belakang. Aku cuma dengar dia cakap ‘haa yang ni baru best’. Terima kasih usahakan juga kereta ini untuk saya. Apa apa nanti cakap dengan driver saya. Mungkin ini yang dikatakan, rezeki itu datang dari arah yang tidak disangka sangka. 


Mudah serba serbi. Down to earth and classy! The rest is history. Short, simple and yet scary.
Definisi yang aku kategorikan bila deal dengan ‘billionare’. Ingat ni ‘billionare’, bukan ‘millionare’.
This is your attitude when you have eveything. 

Moral of the story.
Pengalaman deal dengan billionare memang membuka mata kita untuk ketahui, siapa yang betul betul kaya dengan siapa yang baru nak kaya atau acah acah nak tunjuk kaya. Rendah diri tak menjadikan kau miskin, menunjuk nunjuk tak menjadikan kau betul betul kaya. 
Learn the difference.

Google ads
Back to top button