Artikel Pilihan

BILA MYVI FACELIFT NAK LANCAR?

Perodua Myvi generasi ke 3 sudah hampir mencecah umur 3 tahun hari ini apabila ia dilancarkan pada tahun 2017. Dilengkapi dengan pelbagai ciri moden dan enjin dual VVTi serta teknologi Eco Idle ia dengan pantas merampas takhta jualan sebagai kereta kompak paling laris

Malah ketika diperkenalkan varian 1.5 menerima 6 beg udara serta sistem keselamatan VSC bagi bersaing dengan Proton Iriz. Myvi juga dilengkapi dengan sistem keselamatan ASA, satu satunya model dalam segmen B yang dilengkapi sistem keselamatan aktif ketika itu

Setelah model Axia dan Bezza dikemaskini, kami rasakan yang Myvi akan menerima proses naik taraf tidak lama lagi memandangkan praktis industri memerlukan Myvi tampil segar untuk terus kekal relevan. Antara ciri yang bakal dinaiktaraf oleh Myvi ialah ciri ASA 1.0 kepada ASA 2.0

Ciri ASA 2.0 membolehkan sensor mengesan pejalan kaki dan membrek secara automatik di bawah kelajuan 50 km/j. Sistem brek pra perlanggaran pula berupaya mengelak atau memgurangkan impak kemalangan dalam halaju antara 4-100km/j.

Sebagai perbandingan brek pra-perlanggaran ASA 1.0 hanya beroperasi dalam julat 4-30km/j. Jika sebelum ini ciri ini hanya khusus untuk varian AV, mungkin juga Perodua akan menawarkan ciri ini pada varian yang lebih rendah

Bagi varian 1.3 ia hanya ditawarkan dengan ciri 4 beg udara. Kami percaya Perodua akan menaiktaraf bilangan beg udara kepada 6 iaitu tambahan beg udara curtain yang melindungi penumpang di bahagian sisi. Tambahan sistem keselamatan ini akan menjadikan Myvi lebih selamat berbanding dengan model sebelumnya

Dari aspek luaran, semua varian telahpun menggunakan lampu depan dengan teknologi LED yang dipadankan dengan perumah jenis reflektor. Mungkin bagi versi naiktaraf ini Perodua boleh menawarkan lampu kabus dari jenis LED juga

Adakah Perodua akan melancarkan Myvi Style sama seperti Axia Style? Hmmm susah untuk kita membuat tekaan. Mungkin ya dan mungkin juga tiada. Varian Style jika diperkenalkan akan memberikan rekaan cross over pada Myvi dengan pemasangn pelekap plastik hitam pada perumah tayar, pintu, dan penggunaan rim yang lebih besar. Itu pun kalau ada.

Adakah Myvi GT diperkenalkan? Pun kami tidak tahu jawapannya kerana Perodua ini sangat perahsia, macam anak gadis. Namun jika varian GT diperkenalkan, ia harus datang dengan transmisi 5 kelajuan manual dan enjin 1500cc. Baru ngam

Namun pada masa yang sama kita berharap versi kemaskini yang bakal diperkenalkan nanti akan mengekalkan harga yang kompetitif seperti sekarang

Google ads
"
"
Back to top button