Buletin

TENGGELAMNYA FERRARI FF. EH MACAM TAJUK BUKU HAMKA PULA

Jentera Ferrari FF kelihatan sedang ‘lemas’ di jalan London, Britain. Kejadian berlaku pada 6 Julai lalu disebabkan salah satu saluran paip utama di bandar tersebut pecah sehingga mengakibatkan air naik setinggi 0.5 meter di kawasan A406.

Antara kenderaan mewah lain yang terperangkap dalam banjir termasuk BMW 7 Series dan Mercedes C-Class.

Menurut laporan BBC, pihak London Fire Brigade mengambil masa selama empat jam untuk menyelamatkan lapan pemandu yang terperangkap di dalam kenderaan mereka.

Sebanyak empat jentera bomba dan 25 anggota bergegas ke tempat kejadian. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan yang berlaku dalam insiden berkenaan.

Kebanyakan video dan gambar yang dimuanaik di platform media sosial mengutuk syarikat yang mengendalikan saluran paip tersebut, Thames Water kerana menyebabkan huru-hara di bandar London.  

Dalam satu kenyataan media, Thames Water memohon maaf kepada sesiapa yang terjejas akibat gangguan itu. -autoevolution

Google ads
Back to top button