Buletin

BMW SPEEDTOP CONCEPT – HADIR DENGAN UNIT YANG TERHAD DAN BOLEH DIBELI SEMESTINYA

BMW Group telah memperkenalkan sebuah model konsep yang cukup eksklusif bertempat di Concorso d’Eleganza Villa d’Este 2025, Lake Como Itali, yang mana ianya akan diproduksi dalam unit yang terhad dan sudah semestinya ianya boleh dibeli.

Model BMW Speedtop Concept ini dihasilkan daripada imaginasi sebuah model Touring yang sporty tetapi menggabungkan reka bentuk Shooting Brake dengan perkadaran yang unik.

Reka bentuk fascia hadapan menampilkan bentuk V yang jelas, dengan reka bentuk hidung jerung serta lampu hadapan yang tipis dan gril buah pinggang yang bercahaya. Manakala rekaan sambungan spline tengah dari bonet atas bumbung ke spoiler belakang memberikannya profil sebuah model Touring yang dinamik. Kecerunan warna pada bumbung, beralih daripada “Floating Sunstone Maroon” kepada “Floating Sundown Silver”, menyerlahkan bentuk ini dengan menggunakan cat jenis premium ini bagi memberikan magis luaran BMW Speedtop ini.

Dari pandangan belakang jelas kelihatan bahu BMW Speedtop ini juga dipertingkatkan untuk memberikan rupa yang lebih lebar. Model konsep ini juga dilengkapi dengan roda aloi 14 jejari yang unik dengan kemasan dua tona serta mempunyai pemegang pintu tersembunyi.

Bahagian kabinnya menampilkan rekaan yang serupa terdapat dengan model BMW Skytop memandangkan ianya berkongsi asas yang sama, dengan menjadikan model M8 sebagai asas untuk pembinaan kedua model ini.

Akan tetapi BMW Speedtop ini mendapat perbezaan dengan penggunaan warna dua tona dengan kulit Sundown Maroon pada papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu atas. Kulit Moonstone White telah dibaluk pada tempat duduk dan tiga perempat bahagian bawah pintu. Jalur cahaya nipis yang tertanam pada pelapik utama mencerminkan tulang belakang tengah di atas bumbung, dan beberapa lencana Speedtop menghiasi kabin sebagai peringatan tentang watak istimewa model ini.

Ruang hud belakang sama mewah seperti kabin, apabila turut dibalut kulit. Model Speedtop ini tidak mempunyai tempat duduk belakang, dan telah digantikan dengan dua rak untuk beg, masing-masing dengan tali kulit untuk menyimpan bagasi di tempatnya. BMW telah bekerjasama dengan pembuat barangan kulit Itali, Schedoni untuk mencipta beg padan untuk ruang ini, serta beg sandang yang lebih besar untuk bagasi.

Trenkuasanya pula diserahkan kepada enjin V8 4.4 liter twin turbo yang mampu menghasilkan output melebihi 600 HP. Dengan hanya 70 unit sahaja yang akan dibina pastinya akan menjadi buruan di luar dengan harga yang semestinya melebihi sedikit berbanding harga M8.

BACA : BMW M3 VAN PANEL PERTAMA DI DUNIA – PENGHANTARAN PENUH GAYA

BACA : BMW M4 CS VR46 EDITION – HADIAH HARI LAHIR ISTIMEWA UNTUK VALENTINO ROSSI

Google ads

B K

Back to top button