Artikel Pilihan

KERETA ELEKTRIK KENA HACK? NISSAN LEAF DIGODAM – STERING DIRAMPAS

Menggodam kereta moden yang sarat dengan komponen elektronik pada hari ini bukanlah satu oerkara pelik, tetapi penembusan kawalan yang berjaya dicapai pada hari ini boleh dikatakan setara dengan imiginasi filem Hollywood.

Contoh terbaharu ialah sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah berjaya menggodam sistem keselamatan pada Nissan Leaf 2020, sekaligus membenarkan akses kepada semua jenis sistem dan kawalan, termasuk stereng kenderaan.

PCAutomotive sebuah syarikat perkhidmatanyang menawarkan nasihat keselamatan Cyber dan firewall telah menunjukkan perincian penggodamannya di Black Hat Asia 2025 iaitu acara keselamatan siber yang diadakan pada April 2025.

Sekumpulan hacker dari PCAutomotive telah menggunakan kelemahan yang terdapat dalam fungsi sambungan Bluetooth sistem infotainmen untuk mendapatkan akses kepada rangkaian dalaman kereta.

Setelah sistem keselamtan kereta Nissan Leaf dilumpuhkan, mereka dapat mengeksploitasi sistem lebih jauh untuk mendapatkan akses melalui isyarat selular. Ini bermakna penggodam boleh menghantar arahan kepada Leaf dari mana sahaja mereka berada di dunia melalui internet sahaja.

Apa yang mereka mampu lakukan?

Video itu menunjukkan mereka bermula dengan perkara mudah seperti menjejaki lokasi kereta melalui GPS, mengambil alih skrin dengan mesej “Digodam oleh PCAutomotive”, dan akhir sekali kemudian mereka merakam audio dalam kereta menggunakan mikrofon dalam kereta kenderaan yang digunakan untuk memasukkan arahan suara.

Secara menakutkan apabila mereka dapat memuat turun rakaman dan kemudian memainkannya dari jauh kepada pemandu dan penumpang Leaf melalui sistem audio kereta.

Proses penggodaman seterusnya membenarkan kawalan yang lebih besar ke atas kereta seperti mengaktifkan hon dari jauh, melaraskan cermin, menurunkan tingkap, menyalakan lampu, menghidupkan pengelap dan mengunci/kunci kereta, semuanya dari jauh.

Helah terakhir adalah yang terbesar, kerana PCAutomotive dapat memusingkan roda kereta semasa ia berhenti atau bergerak. Walaupun gagal mengawal brek dan pedal, tetapi memutar roda sudah cukup untuk memberikan amaran pada semua pengguna

Memandangkan PCAutomotive mengeluarkan semua butiran tentang penggodamannya kepada orang ramai, pakar keselamatan siber boleh menyemak semua prosedur dan mengambil langkah proaktif yang perlu bagi memperketatkan kawalan keselamatan

Dalam satu maklumbalas rasmi daripada Nissan, pengeluar automotif Jepun itu memberi jaminan yang mereka sedang merangka teknologi dan langkah keselamatan yang perlu bagi menangani isu keselamatan siber pada kenderaan persendirian

Danila Parnishchev, ketua penilaian keselamatan untuk PCAutomotive mendedahkan bahawa isu ini telah dibangkitkan pada Nissan semenjak tahun 2023 lagi oleh PCAutomotive. Namun sehingga kini Nissan masih tidak menghasilkan software patch atau ID Patch bagi menguatkan lagi sistem keselamatan siber pada Nissan Leaf

Google ads
Back to top button