Buletin

BMW M4 CS VR46 EDITION – HADIAH HARI LAHIR ISTIMEWA UNTUK VALENTINO ROSSI

Barangkali menghadiahkan seseorang dengan kereta atau pun motorsikal barangkali sudah menjadi lumrah. Tetapi kali ini sedikit luar biasa hadiah hari lahir apabila ianya dihasilkan sendiri oleh pengeluar kereta terkemuka. Dan BMW telah menghasilkan model BMW M4 CS VR46 Edition.

Model BMW M4 CS VR46 Edition yang super istimewa ini dihasilkan di BMW Group Plant Dingolfing boleh didapati dengan dua varian, Sport dan Style. Menambahkan lagi keistimewaan model ini apabila ianya turut mendapat sentuhan / input daripada The Doctor sendiri untuk kedua – dua varian yang mana setiap varian dihasilkan dengan unit yang cukup terhad, 46 unit setiap satu.

Rupa luaran model BMW M4 ini paling ketara adalah penambahan logo nombor 46 yang jelas terpampang pada badan kereta untuk memberitahu bahawa model ini adalah super istimewa.

Paling menarik untuk pembeli model ini akan mendapatkan peluang hanya sekali dalam seumur hidup dengan pertemuan peribadi bersama Valentino Rossi di rumahnya di VR46 Motor Ranch, Tavullia Itali. Malah pembeli juga turut berpeluang untuk memandu kereta yang dibelinya dengan memandu di litar perlumbaan, Misano.

Casis untuk BMW M4 CS VR46 Edition telah ditala secara tepat untuk tujuan prestasi kepada ciri prestasi enjin. Kinematik gandar yang ditala secara individu dan tetapan camber roda, peredam, spring tambahan dan bar anti-gulung berfungsi untuk mengoptimumkan ketepatan stereng, penghantaran daya kawalan sisi semasa selekoh, spring dan tindak balas redaman, dan juga posisi roda.

Penampilan luaran untuk model ini menampilkan pilihan warna yang cukup eksklusif serta mempunyai banyak kemasan gentian karbon pada bahagian luaran. Varian Sport menampilkan warna Marina Bay Blue Metallic manakala varian Style pula menampilkan pilihan warna Frozen Tanzanite Blue.

Selain daripada paparan nombor 46 yang besar itu, juga terdapat kemasan berwarna kuning yang dicat pada bahagian bumbung yang merupakan warna sinonim dengan sang lagenda. Pada bahagian belakang juga terdapat kemasan berwarna kuning dan logo VR46.

Aksen kuning tersebut diteruskan pada ruangan kabin yang dikontrakan dengan warna Night Blue secara keseluruhan. Tempat duduk bucket M Karbon didatangkan upholsteri kulit Merino dengan kombinasi warna Hitam/Biru Malam. Juga terdapat kemasan logo Edition VR46 pada bahagian tempat duduk. Logo VR46 1/46 memberikan indikator tentang jumlah bilangan model yang dikeluarkan untuk setiap varian ini.

Trenkuasanya menggunakan enjin 3.0 liter enam silinder sebaris dengan teknologi M TwinPower Turbo yang mempunyai prestasi mengagumkan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 550 HP yang digandingkan dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan. Dan kelajuan maksimumnya telah dihadkan sehingga 302 km/j sahaja atas faktor tetapan elektronik kilang.

Semenjak bersara dalam sukan MotoGP, sebenarnya Valentino Rossi turut aktif dalam sukan permotoran kereta pula termasuklah memandu uji jentera F1 dan juga perlumbaan rali. Dan kini sebenarnya The Doctor telah pun menjadi Work Driver untuk BMW.

Dan inilah hadiah untuk beliau dan juga peminat beliau. Amacam?

BACA : MARC MARQUEZ DAPAT BMW M4 CS PERCUMA! 5 KALI DAH MENANG HADIAH DARIPADA BMW

BACA : BMW M4 TERBANG KE UDARA DI CALIFORNIA – BILA BMW BUAT KERETA TERBANG NI?

Google ads

B K

Back to top button