
PRO-NET LANCAR KEMPEN JELAJAH ‘ELECTRIFY YOUR LIFE’
PRO-NET, subsidiari milik penuh PROTON, baru-baru ini melancarkan kempen jelajah Electrify Your Life yang bermula secara rasmi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Inisiatif ini bukan sekadar pameran, tetapi satu pergerakan yang membawa rakyat Malaysia lebih dekat dengan dunia kenderaan elektrik menerusi Proton e.MAS, SUV elektrik nasional pertama negara.
Antara tarikan utama adalah peluang untuk menguji pandu Proton e.MAS 7, memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri prestasi dan teknologi pintar yang ditawarkan oleh SUV elektrik sepenuhnya ini.

Lima zon interaktif disediakan bagi mendekatkan pengunjung dengan potensi sebenar mobiliti elektrik:
- Electrify Your Life Lifestyle – Menampilkan bagaimana e.MAS 7 menyatu dengan rutin harian moden.
- Electrify Your Fun – Trek mini kereta kawalan jauh dan aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.
- Electrify Your Drive – Zon pendidikan tentang pengecasan EV, penjimatan tenaga dan teknologi automotif.
- Electrify Your Adventure – Sorotan tentang kemampuan e.MAS 7 untuk pengembaraan luar bandar dan aktiviti glamping.
- Electrify Your Style – Ruang swafoto dengan rekaan futuristik untuk pengunjung merakam kenangan bergaya.
Selepas TRX, kempen ini akan menjelajah ke beberapa lokasi utama di seluruh negara:
- Gurney Paragon, Pulau Pinang: 13–15 Jun 2025
- AEON Mall Bandaraya, Melaka: 27–29 Jun 2025
- Paradigm Mall, Johor Bahru: 3–6 Julai 2025
- Central i-City, Shah Alam: 21–24 Ogos 2025 (acara penutup)
Peluang Menangi Proton e.MAS 5 Baharu

Sebagai pelengkap kempen, PRO-NET turut melancarkan Peraduan Electrify Your Life, terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Hadiah utama berupa sebuah Proton e.MAS 5 baharu menanti pemenang bertuah, bersama hadiah bulanan menarik sepanjang kempen.
Penyertaan boleh dibuat melalui aktiviti di lokasi roadshow atau bilik pameran Proton e.MAS terpilih di seluruh negara. Cabaran digital, sesi pandu uji dan perkongsian pengalaman di media sosial antara cara untuk menyertai dan berpeluang memenangi hadiah.
Peraduan berlangsung dari Mei hingga Julai 2025, dan pemenang utama akan diumumkan di Central i-City pada 24 Ogos 2025.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, termasuk tempahan pandu uji dan penyertaan peraduan, orang ramai boleh melayari laman rasmi Proton e.MAS.








