Artikel Pilihan

BMW M3 VAN PANEL PERTAMA DI DUNIA – PENGHANTARAN PENUH GAYA

BMW memang menghasilkan model touring ataupun estate untuk mereka yang mahukan praktikaliti tapi kekal bergaya. Ia menyelesaikan masalah mereka yang mempunyai anak kecil, anjing ataupun untuk berekreasi di hujung minggu. Tapi macam mana kalau nak bawa barang yang lebih besar ataupun untuk menghantar barangan dalam kuantiti yang lebih banyak? Evan Wayde seorang mekanik dari UK mempunyai jawapannya.

Ini mungkin ciptaan Wayde yang paling bergaya. Sebuah van panel BMW M3 yang diasaskan dari E91 3-Series disel. Nah, ini baru van panel yang bergaya. Hanya satu unit ini wujud di dunia dan ia adalah hasil ciptaan Mohawk Customs yang dimiliki oleh Wayde sendiri.

Wayde pernah menghasilkan berapa model unik sebelum ini termasuklah sebuah jentera rali Ford Ka yang digabungkan dengan chasis Audi S3 dan kini beliau muncul dengan projek terbaru.

Pada peringkat awal van M3 ini cuma sebuah BMW 320d Touring. Ia dibeli secara skrap oleh Wayde selepas pemilik asal sudah berputus asa membaikinya. Sebaik semua alat gantinya ditanggalkan, Wayde tertarik dengan chasisnya dan mahu memberi nafas baharu kepadanya.

Wayde memulakan restorasi enjin dan badan kereta ini secara menyeluruh dan menjelmakannya kepada jentera off-road sebelum bertukar pula kepada jentera drift. Namun selepas menggunakannya untuk membawa barang-barang perniagaan datang pula ilham untuk menukarnya kepada sebuah van panel. Tapi dengan ciri-ciri M3.

Ramai yang bertanya kenapa tak lipat je seat belakang kalau nak bawa barangan tapi Wayde mahukan sesuatu yang lebih istimewa. Langkah pertama ialah menutup keseluruhan bahagian pintu belakang menjadikan wagon ini sebuah van panel sepenuhnya.

Kit widebody M3 menjadi pilihan Wayde tapi bukan yang original la. Pelarasan demi pelarasan dilakukan bagi menjadikan permukaan luaran badan kelihatan cukup sempurna.

Ia kemudian dilayangkan dengan cat berwarna lime green dengan bumbung dan dalaman bertemakan warna gelap. Rim BMW M dan suspense yang direndahkan memberikan imej M3 yang cukup gagah.

Enjin diselnya masih dikekalkan tapi telah ditala untuk menghasilkan sekitar 250 hp kuasa maksima. Kenapa tak pakai enjin asal M3? Wayde bukan tak mampu tapi enjin disel adalah lebih sesuai untuk kegunaan komersil. Ia lebih efisyen dan menjimatkan.

Google ads
"
"
Back to top button