Buletin

HONDA CIVIC DIESEL – BERMULA RM109,600 SEUNIT, DI PASARAN UK

Honda UK baru-baru ini menambah varian Honda Civic ke pasaran negara itu menerusi model diesel yang dijangka mula berada di semua pengedar bulan depan.

Civic diesel akan ditawarkan pada harga bermula £20,120 (RM109,600) untuk gred entry level, S dengan transmisi manual enam kelajuan. Penguna di sana juga boleh memilih varian SE, SR dan EX, sama seperti model yang dilengkapi enjin petrol.

Varian EX berharga £24,925 (RM135,700 bersama pilihan Tech Pack dengan tambahan sebanyak £600 (RM3,270). Tech Pack hadir dengan lampu utama LED bersama pencuci, lampu kabus LED, pemanas pada tempat duduk belakang dan pengecas telefon tanpa wayar.

“Kehadiran varian diesel melengkapkan lagi barisan model Civic hatchback di UK. Jentera ini pasti memberikan tawaran yang kompetitif kepada pengguna dan pengendali syarikat pengangkutan,” kata Ketua Honda UK, Phil Webb.

Civic diesel menggunakan enjin i-DTEC bersesaran 1.6 liter berkuasa 120PS dan tork 300Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear manual enam kelajuan. Rangkaian kuasa itu menjanjikan penjimatan bahan api sekitar 3.7l/100km.

Pelanggan yang mahukan transmisi automatik perlu menunggu sehingga suku ketiga tahun ini.

Google ads
Back to top button