Motosikal

HONDA CBR500R FOUR DIUMUMKAN – ENJIN EMPAT SILINDER, 73HP

Segmen motosikal 500cc empat silinder kini dimeriahkan dengan pelancaran Honda CBR500 Four di Eropah.

Untuk rekod, Honda telah pun menawarkan CBR500R di pasaran global namun model berkenaan dikuasakan enjin dua silinder (parallle-twin). Nama Four yang diguna pakai merujuk pada versi empat silinder. 

Hasilnya, CBR500R Four menawarkan 73hp pada 11,000rpm dan 47.4Nm pada 9,750rpm yang terhasil dari enjin 500cc 16-valve DOHC. 

Unit tersebut menawarkan redline sebanyak 12,500rpm dan menggunakan sistem ram-air downdraft intake untuk mengalirkan udara kompak pada enjin agar pembakaran lebih efisien pada kelajuan tinggi. 

Selain itu, Honda turut menerapkan salutan rendah geseran pada bahagian silinder di samping bahan DLC (diamond-like carbon) pada valve lifters. 

Walaupun model serba baharu namun Honda tetap mengambil inspirasi pada model terdahulu antaranya sistem ekzos 4-2-1 yang diilhamkan dari CB400 FOUR 1975. 

Dalam pada itu, Honda turut memperkenalkan sistem E-Clutch pada CBR500R Four ini secara standard. Ini bermakna operasi pertukaran gear boleh dilakukan secara konvensional (dengan menarik klac) atau tanpa menggunakan klac. 

Motosikal ini juga menawarkan tiga mod, Standard, Sport dan Urban selain dua tetapan kustom yang membenarkan pengguna menetapkan kuasa enjin dan traction control. 

Pakej casis pula terdiri dari kerangka jenis diamond steel tube, fork USD 41mm dari KYB dan suspensi belakang jenis Pro-Link serta swingarm aluminium. 

Brek pula dikendalikan cakera (berkembar) 296mm dengan kaliper Nissin dua piston di hadapan yang dipadankan bersama ABS secara standard. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • meter TFT 5-inci dengan Honda RoadSync
  • lampu LED
  • USB Tyle-C
  • tangki 14L
  • tayar Pirelli Diablo Rosso IV
  • berat 189kg

GALERI: HONDA CBR500R FOUR 2027

Google ads
Back to top button