Buletin

LEWIS HAMILTON MENGHAMPIRI GELARAN F1 KELIMA

Agak lama juga Mekanika tidak membawakan perkhabaran dunia perlumbaan F1. Sesekali, kita layanlah kejap berita F1 ini ya. Ramai yang sedia maklum bahawa, Lewis Hamilton pelumba dari pasukan Mercedes AMG Petronas Motorsport adalah merupakan juara bertahan kejuaraan F1 dan merupakan juara sebanyak empat kali dalam sejarah perlumbaan, 2008, 2014, 2015 dan juga 2017. Dan kini, Lewis Hamlilton berpeluang cerah untuk untuk merangkul gelaran F1 kelima dalam karier beliau, sekali gus berada dalam senarai Dewan Kemahsyuran (Hall of Fame).

BACA : MERCEDES-AMG PETRONAS MOTORSPORTS BERSEDIA PERTAHAN KEJUARAAN DENGAN W09

BACA : SF71H – TARUHAN FERRARI UNTUK MENCABAR KEJUARAAN F1 MUSIM 2018

Perlumbaan F1 bakal memasuki pusingan ke 18 dalam kalendar perlumbaan musim 2018 dengan menyaksikan Amerika Syarikat menjadi tuan rumah. Untuk perlumbaan yang bakal berlangsung di litar Circuit of The Americas, Texas pada hujung minggu ini (perlumbaan esok sebenarnya), Lewis Hamilton sebetulnya berada pada kedudukan yang agak selesa juga mendahului kedudukan carta pelumba dengan pungutan mata 331, agak jauh meninggalkan pesaing utamanya, Sebastian Vettel di tempat kedua dengan pungutan mata 264.

Namun dengan saingan masih lagi berbaki empat pusingan, segala kemungkinan pasti sudah dikaji oleh Lewis Hamilton bagi memastikan impiannya bergelar juara buat kali kelima tercapai, sekali gus berada setaraf dengan Juan Manuel Fangio (lima kali juara) dan juga Michael Schumcher (tujuh kali juara). Iyalah, kalau dah menang kali kelima ni, barulah boleh eksyen sikit dengan si Sebastian tu. Maklumlah, masing – masing pun dah menang empat kali juara F1 ini kan.

Kalau hendak diikutkan rekod enam perlumbaan yang diadakan di Texas ini, Lewis Hamilton telah memenangi sebanyak lima kali. Jadinya, sudah tentu beliau dianggap sebagai calon utama untuk memenangi sekali lagi perlumbaan di Amerika Syarikat ini. Apa tah lagi, tahun ini rekod Lewis Hamilton sendiri kelihatan tampak jauh lebih baik daripada pesaingnya. Lewis Hamilton telah memenangi sembilan perlumbaan manakala Sebastian pula hanya menang lima perlumbaan sahaja.

Berikut merupakan matematik mudah seandainya Lewis Hamilton mahu bergelar juara dunia F1 buat kali kelima.

  • Menang, dan Sebastian Vettel hanya tempat ketiga
  • Tempat kedua dan Sebastian Vettel tempat kelima
  • Tempat ketiga dan Sebastian Vettel tempat ketujuh
  • Sebastian Vettel langgar tembok dan langsung tidak mengutip mata (suruh si Vottas langgar dari belakang)
Google ads

B K

Back to top button