Motosikal

WINGLET AFTERMARKET KINI DAH JADI TREND – 40 MINIT SAHAJA UNTUK DIPASANG

Bagi peminat tegar superbike, mereka ialah jenis manusia yang tidak berkira demi memastikan jentera masing-masing mampu berada pada prestasi terbaik.

Peluang itu nampaknya dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak Motoplastic PUIG apabila ia kini menawarkan winglet aftermarket kepada pasaran massa.

Sebagaimana yang anda tahu, winglet digunakan pada jentera MotoGP dan WSBK secara meluas, biarpun pihak pengeluar perlu mematuhi peratutan yang ditetapkan oleh pengarah perlumbaan.

BACA: UNDANG-UNDANG BARU PENGGUNAAN WINGLET PADA MOTOGP KINI DIPERKETATKAN

Winglet berfungsi menambah baik aspek aerodinamik dengan meningkatkan daya downforce motosikal apabila ia ditunggang pada kelajuan tinggi. Secara teorinya, winglet memastikan roda hadapan lebih mencengkam tanpa diganggu oleh sistem kawalan wheelie.

Jadi, penunggang boleh mendapatkan pecutan lebih pantas di atas litar lumba. Konsep penggunaan winglet yang dipanggil sebagai spoiler sisi itu juga cukup mudah. Proses pemasangan pada fairing tepi motosikal hanya memakan masa sekitar 40 minit. Siap!

Winglet daripada Motoplastic PUIG itu ditawarkan untuk banyak model superbike moden jenama BMW, Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha. Setiap pasang winglet itu menawarkan kuasa downforce berbeza, bergantung kepada motosikal.

Buat masa sekarang, winglet itu hanya ditawarkan untuk model-model baru. Pasti ramai yang berharap Motoplastic PUIG akan menawarkan winglet untuk superbike lebih berusia tidak lama lagi.

Tags
Google ads
Back to top button