
HOTWHEELS AKHIRNYA KELUARKAN JENTERA RASMI F1 – SIAP SEDIA SEMUA PENGUMPUL
Mengumpul kereta mainan Hotwheels ni boleh kata hobi sampingan kaki-kaki kereta la. Ye la, nak beli setengah model tu mungkin tak mampu jadi jalan paling mudah ialah beli model Hotwheels. Terbaru Hotwheels kini bergandingan dengan Formula 1 untuk koleksi terbaru mereka. Buat masa sekarang mereka belum mengeluarkan mana model kereta pasukan yang berlumba.

Untuk permulaan mereka menghasilkan sebuah model prebiu yang berwarna hitam putih. Ia lengkap dengan satu set tayar Reak Rider yang boleh ditukar ganti. Tayar pula dari jenama Pirelli, macam kereta sebenar kan? Tak kisahlah kalau kereta sebenar kita pakai tayar linglong pun.
Model pribiu ini juga dihiasi dengan liveri Hotwheels dengan nombor 68 pada bahagian muncung. Ia merupakan tahun permulaan pengeluaran Hotwheels oleh Mattel.

Model permulaan ni agak mahal dan boleh buat tempahan pada harga USD25. Mahal weh, tapi silap-silap lepas ni akan jadi makin mahal.
Selepas ini mereka akan hasilkan replika jentera sebenar pasukan-pasukan F1. Hah, masa tu baru boleh beli kot? Boleh la kita habiskan masa belek-belek balik model Hotwheels kat pasar raya masa makan tengah hari.