
CALTEX MALAYSIA TAWAR HADIAH PROTON X90, PETROL PERCUMA SETAHUN SEMPENA ULANG TAHUN KE-90
Caltex Malaysia meraikan ulang tahun ke-90 operasinya menerusi kempen “Raikan 90 Tahun Caltex, Jom Singgah dan Menang” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna kenderaan di seluruh negara, termasuk sebuah Proton X90 baharu dan petrol percuma selama setahun.
Kempen berlangsung sehingga 31 Disember 2026 itu merupakan tanda penghargaan syarikat terhadap sokongan pelanggan serta hubungan yang terjalin bersama masyarakat Malaysia sejak sembilan dekad lalu.
Pengerusi Caltex Malaysia, Leong Jee Wong, berkata ulang tahun berkenaan menjadi peluang untuk syarikat menghargai pelanggan yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan jenama itu selama ini.
Menurutnya, Caltex Malaysia komited untuk terus menyediakan bahan api berkualiti serta pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan dalam setiap perjalanan mereka.
Menerusi kempen berkenaan, hadiah utama bagi kategori kenderaan empat roda ialah sebuah Proton X90 1.5TD Lite, manakala sembilan pemenang akan menerima petrol percuma selama setahun menerusi Caltex StarCash bernilai RM4,000 setiap seorang.

Bagi kategori motosikal pula, sembilan pemenang turut berpeluang menikmati petrol percuma selama setahun menerusi Caltex StarCash bernilai RM1,000 setiap seorang.
Selain hadiah utama, kempen itu turut menawarkan 900 hadiah bulanan berupa kredit TNG eWallet bernilai RM9 untuk dikongsi antara peserta kategori kenderaan empat roda dan dua roda.
Pengguna aplikasi CaltexGO juga berpeluang mendapatkan 9,000 baucar bahan api segera bernilai RM9 setiap bulan dengan melakukan pengisian dan pembayaran terus melalui aplikasi berkenaan.
Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu mengisi petrol RON95 atau RON97 dalam satu resit dengan perbelanjaan minimum RM39 bagi kenderaan empat roda atau RM6 bagi motosikal.
Peserta seterusnya perlu mengambil gambar resit fizikal yang jelas atau tangkap layar resit digital CaltexGO sebelum menghantarnya melalui WhatsApp ke nombor +60 18-202 1959.
Setiap resit yang memenuhi syarat melayakkan peserta mendapat satu penyertaan peraduan.
Leong berkata, pihaknya berharap kempen ulang tahun itu dapat memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan mereka, selain mengukuhkan komitmen Caltex untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan pada masa hadapan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan dan kempen berkenaan menerusi laman web rasmi Caltex Malaysia di www.caltex.com/my/rewards-and-offers/promotions/every-stop-could-be-a-win-90-years.html.



