
JOM, SINGGAH DAN MENANG BERSAMA CALTEX!
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, singgah di stesen minyak adalah sebahagian daripada rutin harian. Sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, pulang ke kampung atau menikmati perjalanan hujung minggu, setiap perjalanan bermula dengan satu persinggahan penting; mengisi minyak.
Sempena ulang tahun ke-90 di Malaysia, Caltex tampil menghargai sokongan pelanggan menerusi kempen istimewa bertemakan “Every Stop Could Be A Win”.
Kempen yang berlangsung sehingga 31 Disember 2026 ini menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik hanya dengan mengisi minyak dan menghantar resit pembelian.
Dengan mesej “Raikan 90 Tahun Caltex: Jom, Singgah Dan Menang!”, kempen ini menjadikan setiap kunjungan ke stesen Caltex lebih bermakna. Apa yang biasanya dianggap sebagai rutin harian kini boleh bertukar menjadi peluang untuk membawa pulang ganjaran bernilai.
Cara menyertai juga cukup mudah. Pelanggan hanya perlu mengisi Caltex RON95 atau Caltex RON97 dalam satu resit dengan perbelanjaan minimum RM6 bagi motosikal atau RM39 bagi kenderaan empat roda.
Selepas itu, tangkap gambar resit fizikal atau resit digital dari aplikasi CaltexGO dan hantar melalui WhatsApp dengan mengimbas kod QR yang disediakan.

Lebih menarik, setiap resit yang layak dikira sebagai satu penyertaan. Ini bermakna semakin banyak transaksi yang dilakukan sepanjang tempoh kempen, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah.
Sebagai tarikan utama, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah Proton X90 sebagai Hadiah Utama. Selain itu, sembilan pemenang akan menikmati petrol percuma selama setahun, satu ganjaran yang pastinya mampu membantu mengurangkan kos perjalanan harian.
Tidak terhenti di situ, Caltex turut menawarkan ganjaran bulanan yang memberi lebih banyak peluang kepada pelanggan.
Setiap bulan, seramai 900 pemenang akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM9, manakala pengguna aplikasi CaltexGO berpeluang menikmati 9,000 baucar bahan api bernilai RM9 setiap bulan.
Penawaran khas untuk pengguna CaltexGO ini juga sejajar dengan usaha Caltex memperluaskan penggunaan app CaltexGO yang lebih mudah dan pantas.
Selain memudahkan pembayaran tanpa tunai, aplikasi tersebut turut memberikan akses kepada pelbagai promosi dan ganjaran eksklusif.
Kempen ulang tahun ke-90 ini bukan sekadar mengenai hadiah. Ia juga menjadi simbol penghargaan Caltex kepada jutaan pelanggan yang telah bersama jenama itu sepanjang sembilan dekad beroperasi di Malaysia.
Daripada perjalanan harian yang ringkas hinggalah pengembaraan merentasi negeri, Caltex terus menjadi sebahagian daripada kisah perjalanan rakyat Malaysia.
Justeru, bagi mereka yang sering mengisi minyak di Caltex, inilah masa terbaik untuk menjadikan setiap persinggahan lebih berbaloi.
Isi minyak Caltex RON95 atau RON97, simpan resit anda dan hantar penyertaan melalui WhatsApp. Siapa tahu, kunjungan biasa ke stesen minyak mungkin menjadi langkah pertama untuk membawa pulang hadiah impian.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman web Caltex Malaysia






