CARLOS SAINZ BELI KERETA PERTAMA SETELAH 9 TAHUN JADI PELUMBA F1 – KITA KERJA SEBULAN DAH BELI KERETA LOAN 9 TAHUN
Carlos Sainz merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kancah F1. Mungkin beliau tidak sepopular Lewis Hamilton ataupun Max Verstappen tapi diam tak diam dah 9 tahun dia jadi pelumba F1. Menariknya seumur hidup beliau inilah kali pertama beliau membeli kereta sendiri. Bukan calang-calang kereta pulak tu.
Selama berkecimpung dalam perlumbaan F1, Sainz cuma menggunakan sebuah kereta yan dihadiahkan oleh ibubapanya ketika berusia 18 tahun. Kereta apa? VW Golf tuan-tuan. Alah macam orang kita beli Axia untuk anak yang tengah belajar kat U. Bagi yang mampu la. Kami dulu naik bas mini je ke mana-mana.
Jadi adik-adik yang baharu nak mula bekerja tu baik tiru Sainz ni yang menggunakan sahaja kereta yang ada dan tak terburu untuk ambik kereta baharu sebab nak ikut trend. Pelumba F1 pun tak pakai kereta pelik-pelik untuk tarik perhatian orang walaupun mereka lebih dari mampu.
Jadis sebaik menandatangani kontrak sebagai pemandu F1, Sainz memutuskan inilah peluang terbaik beliau untuk menempah kereta idaman beliau. Sebuah Ferrari yang istimewa, 812 Competizione.
Biasa dengar kan? Tapi 812 Competizione yang ditempah Sainz ini bukan biasa-biasa dan bukannya model recond dari negara jiran. Malah ia ditempah melalui program Ferrari Tailor Made yang membolehkan bakal pemilik memilih konfigurasi yang diinginkan. Best kan kalau banyak duit.
Bahagian luaran supercar milik Sainz ini berwarna satin silver dan bukannya merah seperti Ferrari lain kebiasaannya kerana Sainz sukakan warna gelap. Terdapat juga beberapa bahagian yang diberi kemasan gentian karbon berkilat dan merah terang. Jaluran merah dapat dilihat di sepanjang garisan badan kereta dari depan sampai ke belakang. Rim hitamnya juga kelihatan kontras dengan angkup brek yang berwarna merah menjadikannya lebih eksotik.
Kalau luar dan istimewa bahagian dalam lagi la. Ia dilengkapi dengan seat bucket dengan kemasan Alcantara berwarna grey dan merah selain plet pemijak sisi yang dihiaskan dengan tulisan “Smooth Operator’. Karpet supercar ini juga dihiasi dengan sulaman nombor ‘55’ berwarna merah yang merupakan nombor perlumbaan Sainz. Sama pula dengan Hafiz Syahrin ye.