Artikel Pilihan

4 FILEM DENGAN ADEGAN AKSI MOTOSIKAL TERBAIK – TAK ADA YANG PAKAI EKZOS BULUH KE?

Aksi kejar mengejar dalam filem memang umpama steroid yang mampu membuatkan penonton lebih teruja dan terus hilang rasa mengantuk. Sebelum ini kami dah biasa tulis tentang aksi kereta dan kali ini aksi motosikal pulak. Siapa yang tak suka bila dapat tengok aktor terkenal memecut laju motosikal dalam filem.

Walaupun penunggang motosikal dikatakan paling ramai terlibat dalam kemalangan jalan raya ia tidak menghalang minat orang ramai terhadap kenderaan dua roda ini. Penunggang yang selamat mesti tahu teknik imbangan, keselarasan dan mesti tahu untuk membuat keputusan yang tepat.

Mari kita tengok 4 aksi motosikal yang paling best dalam filem. Setakat ni malangnya belum ada filem tempatan yang menampilkan aksi motosikal yang membuatkan penonton berpeluh. Sabar je lah.

  1. Mission Impossible – Rogue Nation

Siapa tak kenal dengan Tom Cruise yang melakonkan watak Ethan Hunt. Dalam filem ini Cruise menunggang dengan begitu agresif sehingga lututnya mencecah permukaan jalan raya seprti seorang pelumba MotoGP. Mungkin ramai yang menyangkakan aksi tersebut dilakukan dengan bantuan CGI tapi silap. Cruise memang seorang pelakon berani mati yang gemar melakukan sendiri aksi-aksi mendebarkan dalam filem. Semua adegan kejar mengejar ini dilakonkan sendiri oleh Cruise. Tabik spring potonglah satu kali.

  • Terminator 2 – Judgement Day

Ini dah dikira klasik moden sebab disiarkan semasa PokYa dan Abang Japar korang pun masih belajar kat U lagi. Bayangkan aksi kejar mengejar dari dalam bandar LA sehingga ke sungai, si Arnold susahnakeja ni memecut Harley Fat Boy yang ditunggang ambil menembak dengan menggunakan shotgun. Reload sebelah tangan pulak tu. Gila ah, kami main game tembak-tembak kat arked dulu pun tak boleh buat macam tu.

  • Skyfall

Tak pernah lagi ada filem di man pelakon utamanya menunggang motosikal di atas bumbung Grand Bazaar di Istanbul (dalam Istanbul Aku Datang pun tak ada). Tapi adegan ini ada dalam filem Skyfall. Susah sebenarnya nak buat aksi baharu untuk filem James Bond ni sebab mereka dan pernah bikin macam-macam aksi kejar-mengejar. Jadi aksi dari filem Skyfall ini dikira agak hebat.

Bayangkan motosikal naik tangga, mengambil selekoh tajam dan mencilok di celah-celah pengunjung dalam Grand Bazaar. Luruh jantung dowh.

  • The Matrix Reloaded

Ini memang aksi yang agak epik di mana heroin yang melakonkan watak Trinity menunggang Ducati 996 menyelamatkan watak sampingan melarikan diri dengan mencilok-cilok di celah kesesakan lebuh raya. Memang cool habis la. Awek pulak tu yang bawak.

Google ads
Back to top button