Motosikal

ZEUS LANCAR 2 HELMET BAHARU DI MALAYSIA. REKAAN KLASIK, BERMULA RM140 SAHAJA

Zeus Helmet Malaysia hari ini melancarkan dua model topi keledar terbaharunya, Zues ZS-388 dan ZS-217 ke pasaran tempatan. 

Helmet dengan gayaan klasik itu dibina menggunakan materis jenis ABS. Sudahpun berada di pasaran mulai minggu lepas, helmet jenama dari Taiwan dan dihasilkan di Vietnam itu ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. 

Untuk makluman, jenama Zeus mula memasuki pasaran Malaysia secara rasmi empat tahun lalu.

Zeus ZS-388

Helmet open face dengan rekaan retro klasik dan visor separuh itu hadir dalam saiz S hingga XXL. Terdapat lima pilihan iaitu nardo grey, matte black, matte army green, black scull dan paling menark ialah rusty yang pasti sesuai untuk apa jua jenis motosikal anda. 

Antara ciri menarik yang ada pada Zeus ZS-388 ialah liner kulit, pemegang tali goggle kulit dan cukup ringan. Lebih tepat lagi, helmet ini hanya seberat sekitar 980 gram sahaja.

Mendapat piawaian daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ECE, helmet Zeus ZS-388 boleh anda miliki pada harga bermula RM140 hingga RM170 seunit. 

Zeus ZS-217

Helmet ini didatangkan dengan rekaan open face moden dan diperbuat daripada material ABS. Sudah mendapat kelulusan daripada JPJ dan ECE, ia hadir dalam pilihan saiz S hingga XXL. 

Mempunyai berat sekitar 1,230 gram, helmet ZS-217 tampil dalam empat warna menarik iaitu putih mutiara, hitam matte, merah dan hitam oren dengan grafik api. 

Keistimewaan ZS-217 terletak pada beberapa ciri menarik seperti mekanisma visor tanpa peralatan,  liner dalaman yang boleh ditanggal dan dibasuh, liner anti alahan dan bateria, sun visor, visor anti calar dan banyak lagi. 

Jika berminat, ZS-217 ditawarkan pada harga RM220 sahaja seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button