Buletin

CHELSEA TRUCK CO. & KAHN DESIN HASILKAN MODEL KONSEP DEFENDER 90 CONCEPT 001

Chelsea Truck Co. adalah merupakan sebuah firma automotif yang handal berasal dari Britain serta mempunyai kepakaran untuk merubah beberapa model seperti Land Rover Defender dan Jeep Wrangler yang standar kepada sebuah model yang cukup memukau. Dan kini Chelsea Truck Co. sekali lagi bekerjasama dengan Kahn Design untuk menghasilkan sebuah lagi model Defender 90 Concept 001.

Model konsep ini dihasilkan sebagai tafsiran semula model lagenda Defender, menggabungkan tradisi British  dengan gaya dan ciri moden.

Model prototaip sebelum dihasilkan dalam unit sebenar ini akan bertindak sebagai bahan pameran yang menampilkan ciri reka bentuk untuk dijadikan rujukan sebagai model tempahan pada masa hadapan. Setiap perincian telah direka bentuk dengan teliti dengan gaya lebih segar tetapi dalam masa yang sama masih lagi menghormati legasi sebuah Defender.

Pada bahagian roda model Defender 90 Concept 001 terdapat rim baharu  Hammerhead RS-Forged 20-inci yang dipasangkan dengan tayar tebal 33-AT yang pastinya tiada masalah untuk menempuh apa jua bentuk muka bumi.

Perubahan berikutnya meliputi tambahan bahagian atas fender lebih lebar dan gentian karbon diffuser belakang untuk memberikan rupa yang lebih berani. Dibina untuk pengembaraan dan keanggunan, bahagian bawah badan menampilkan cat pelindung bertekstur 3D, menggabungkan daya tahan dengan kemasan yang lasak dan juga kemas.

Pada bahagian hadapan, lampu utama yang telah diubahsuai memberikan kelebihan yang lebih tajam dan lebih tegas, manakala penutup roda simpanan berjenama KAHN® di bahagian belakang memberikan aksen yang digilap dan berkilat.

Bahagian luarnya dilengkapi dengan bonet dengan saluran udara yang ringan dan dioptimumkan secara aerodinamik yang dilengkapi dengan warna hitam berkilat.

Bahagian kabin model konsep ini telah ditingkatkan ciri kemewahan Defender ke tahap yang lebih tinggi. Hasil kerja tangan balutan kulit uplholsteri berwarna gelap disamping kemasan biru Britannia menampilkan ciri yang lebih mewah.

Juga terdapat lencana eksklusif Kahn Design Concept disamping beberapa butiran kemasan pada bahagian sisi dengan plak CTC serta perkataan K A H N pada bonet dan juga emblem radar Chelsea Truck Co. Dan kemasan akhir adalah cat istimewa Volcanic Rock Satin serta aksen Bertekstur Tentera 3D bagi menampilkan ciri yang lebih berani.

Kemasan luaran model konsep ini boleh ditempah melalui Kahn Design untuk model L663 Defender 90 dan 110, berharga £25,000 (RM 144,210).

BACA : RIM HAMMERHEAD RS DARI KAHN UNTUK SUV, 4X4, VAN!

BACA : 3 RIBU LAND ROVER DEFENDER DENGAN KIT UBAH SUAI URBAN AUTOMOTIVE, SUV MEWAH DAN GARANG!

Google ads

B K

Back to top button