Buletin

RIM HAMMERHEAD RS DARI KAHN UNTUK SUV, 4X4, VAN!

Mengubahsuai kenderaan utiliti sukan (SUV) dan pacuan empat roda (4×4) satu yang menyeronokkan. Pelbagai gaya boleh dibuat sama ada dalam bentuk jalanan (street) atau off-road.

Syarikat pengubahsuai turut sama membentuk dan merancakkan dunia ubah suai kenderaan ini.

Terbaru Chelsea Truck Company dan KAHN® memperkenalkan rim Hammerhead RS-Forged Light Alloy Wheel.

Rim ini direka untuk ‘kaki’ off-road dan bukan sahaja menaikkan gaya malah keupayaan kenderaan yang menggunakannya.

Direka untuk permukaan bumi yang mencabar, rim Hammerhead mampu menahan beban lima tan (1,250 kg setiap sudut roda) dan pilihan sesuai bagi sesi off-road.

Rim ini padanan sesuai untuk kegunaan Land Rover Defender (L663), 4×4, SUV dan juga van.

Rim Hammerhead membawa keseimbangan di antara ketahanan dan rekaan. Nampak lasak, rumit dan bergaya.

Inspirasi rim ini datang dari rim ikonik yang digunakan pada kenderaan Rali Dakar sejak era 60-an. Rekaannya membawa pengaruh rim G06 dan British Heritage dari KAHN sendiri.

Hammerhead memakan selama dua tahun dan hasil kerja teliti dengan perhatian yang mendalam.

Kepada pemilik Land Rover Defender (2020 ke atas) dan Toyota Land Cruiser 250 (2024 ke atas) rim 20 inci warna Satin Black akan diperkenal pada suku kedua 2025.

Rim 20 inci Satin Black dengan Jalur Merah untuk Ford Transit Custom (2023 ke atas) dan Gloss White bagi Land Rover Defender (2020 ke atas) juga turut tersedia pada tarikh yang sama.

Turut ditawarkan plet aero dan akan ditawarkan pada tahun ini juga.

Jika tidak puas dengan 20 inci, saiz 22 inci akan diperkenal pada lewat 2025. 

Kepada yang berkenan, laman sesawang KAHN menyenaraikan rim Hammerhead 20 inci pada harga RM11,164.80.

Google ads
Back to top button